Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2019 @ 1:00pm

Pemilik Kucing, Dengar Sini Nabila Huda Nak Pesan!

Pelakon Nabila Huda kecewa dengan tindakan segelintir individu yang membuang kucing peliharaan selepas beberapa tempoh menjaganya.

Kata pelakon drama Kamar Kamariah ini, dia pelik dengan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pemilik kucing yang membuang kucing mereka hanya kerana alasan tidak munasabah.

“ Kenapa masa kitten korang nak jaga , bila taknak korang buang ? Korang tau kan once korang dah buat keputusan untuk jaga kucing, dia akan jadi keluarga kita sampai la nafas terakhir mereka? Korang tak boleh buang kucing! No such thing you hate the cat behaviour, mengadu kencing merata, rosak sofa, semput atau ada je lah alasan bodoh.

“ Kau harus tahu sejak awal, kau kena lalui cabaran memiliki kucing kan? Itu pilihan kau, kau yang pilih. Ia adalah tanggunjawap korang untuk jaga. Dia macam nyawa korang sendiri  bila korang dah mengambil keputusan untuk menjaga kucing. Jaga kucing bukan hobi, itu tanggungjawab la b****. Kalau taknak, cari orang jaga kucing itu,” luahnya geram.

Menurutnya, dia berharap pelaku yang membuang kucing akan menerima balasan setimpal dengan perbuatan buruk dilakukan.

“Saya bersumpah kalau ada individu yang membuang kucing, biar kucing itu sengsara tak makan, kesunyian supaya kucing itu sedih.

“Saya berdoa supaya satu hari nanti pelaku yang membuang kucing, akan hilang orang paling dia sayang dalam hidup terutama ahli keluarga,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Teguran Tak Diendah, Datuk Red Luah Rasa Kecewa

Kita manusia sudah mencuba segala terdaya tapi apa kam daya hanya Allah sahaja tempat mengadu. Ya Allah, ampuni dosa aku…

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Fri, 5 Aug 2022
Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

‘Kekuatan Saya Terletak Pada Lagu Macam Ini’- Andi Bernadee

Saya tak kisah apa orang nak cakap, saya tahu apa yang saya buat…

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Ketepi Kerjaya Peguam, Sangeeta Tak Pernah Menyesal Jadi Pelakon

Pelakon utama Adiwiraku ini juga bakal berangkat ke New York untuk mengikuti kursus pendek tak lama lagi. Good luck Sangeeta!

error: Content is protected !!