Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 27, 2019 @ 2:15pm

Teguran Tak Diendah, Datuk Red Luah Rasa Kecewa

Suami kepada penyanyi terkenal Adira, Datuk Red meluahkan rasa kecewanya apabila teguran terhadap isu pegang tangan dalam muzik video Pujaan Hati tidak diendahkan.

Menerusi laman Instagramnya, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memberitahu sebagai seorang individu beragama Islam, dia ada hak untuk menegur dalam hal ini.

“ Atas nama Islam kita cuba berubah menjadi yang lebih baik. Sekarang la balasan yang kita hadapi, ya…kita dulu jahat. Bila benda haram dihalalkan, manusia akhir zaman. Pihak syarikat pun tak ada kuasa pasal dengan siapa dah sign kontrak,” katanya.

Datuk Red juga berharap agar semua yang terlibat dalam isu ini segera diberikan hidayah.

“ Kita manusia sudah mencuba segala terdaya tapi apa kam daya hanya Allah sahaja tempat mengadu. Ya Allah, ampuni dosa aku…dosa isteri-isteri aku. Anak-anak aku dan semua umat Islam Ya Allahuakbar,” katanya. 

Datuk Red turut meletakkan tanda pagar yang berbunyi sinis seperti #popularyangdikejar #sebelumjadidayus #popularyangdikejar.

Sebelum ini, Datuk Red ada membuat teguran berhubung adegan bersentuhan kepada pihak yang terlibat dalam pembikinan muzik video Pujaan Hati.

Memegang status isteri kedua kepada Datuk Red, pasangan ini dikurniakan dua zuriat comel iaitu Anggerik, 4, dan Asan, 4 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Joe Flizzow Mohon Maaf Kerana 16 Baris, Publika Sesak Teruk!

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis-artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100k  menerusi platform digital Youtube mereka

Events Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Wed, 29 May 2024
Featured Sun, 9 Jan 2022

Beg Tangan Mewah Diperbuat Daripada Kulit Oren

Siapa sangka kulit buah oren yang kita selalu buang boleh dijadikan sebuah beg tangan yang cantik? Seorang pereka seni makanan dan ahli gastronomi molekul dari Jordan, Omar Sartawi telah mencipta sebuah beg tangan yang mesra […]

TECH Fri, 21 Dec 2018

Cara Memaksa Isyarat pada Android menjadi 4G Sahaja

Seperti yang kita tahu, rangkaian 4G mula berkembang di Malaysia. Bagi anda yang ingin mengunci telefon pintar ke dalam rangkaian 4G, inilah caranya.

error: Content is protected !!