Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 5, 2025 @ 2:56am

Angkat Semangat Jati Diri, Faizal Tahir Lancar Album Baharu Berkonsepkan Kenduri Kendara… Bergabung Dengan Glowrush Sebagai Duo ‘Let Zapin’

Penyanyi dan komposer tersohor, Faizal Tahir, kembali dengan album terbaru berjudul Jati Diri.

Album ini merupakan hasil kerjasama dengan rakan penerbit muda yang sedang meningkat naik iaitu Glowrush dan mereka bergerak sebagai duo ‘Let Zapin’. Lebih menarik apabila pelancaran album ini menampilkan konsep unik berasaskan kenduri kendara dan rewang.

Konsep ini dipilih bukan sekadar sebagai tema pelancaran, tetapi juga sebagai lambang budaya dan nilai perpaduan yang ingin diketengahkan dalam karya terbaharu beliau.

Menurut Faizal, konsep ini dipilih kerana ia sangat dekat di hatinya kerana ia melambangkan semangat gotong-royong, perpaduan, dan kebersamaan yang semakin pudar dalam masyarakat moden.

“Konsep ini menggambarkan bahawa perkara yang baik wajar dikongsi bersama. Apabila kita berkumpul untuk sesuatu yang positif, kita bukan sahaja memperoleh keberkatan daripada Allah, tetapi juga memperkukuhkan semangat kasih sayang antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Faizal, album Jati Diri bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga satu peringatan agar masyarakat tidak melupakan akar budaya dan identiti sendiri dalam arus globalisasi.

“Inspirasi utama saya adalah melihat betapa banyak jati diri kita yang semakin hilang. Saya mahu mengingatkan semua bahawa penting untuk kita memahami dan menghargai asal usul, budaya, dan agama kita agar kita tidak kehilangan arah,” tambah Faizal.

Album ini turut menampilkan dua figura hebat dalam industri muzik, Altimet dan Datuk M. Nasir, sebagai penyanyi undangan.

Pemilihan mereka dibuat kerana pengaruh besar yang mereka miliki serta kebijaksanaan dalam menyampaikan mesej bermakna melalui karya masing-masing.

Dari segi susunan muzik dan lirik, Jati Diri berbeza daripada album-album Faizal sebelum ini kerana ia lebih berakar kepada budaya dan warisan tempatan. Faizal menekankan bahawa cabaran terbesar dalam proses rakaman adalah memastikan setiap elemen dalam album ini sejajar dengan visi dan mesej yang ingin disampaikan.

Lagu ‘Orang Kampung’ merupakan lagu pertama dari album ini yang akan dipromosikan dan ia adalah sebuah lagu yang ceria dan penuh semangat, meraikan keunikan serta nilai-nilai kehidupan di kampung. Dengan melodi yang rancak dan lirik yang menggambarkan keindahan budaya serta sikap mesra orang kampung, lagu ini membawa pendengar merasai kehangatan suasana desa.

Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu penghormatan kepada nilai-nilai dan semangat kebersamaan yang masih kuat dalam masyarakat kampung. Sesuai untuk dinyanyikan bersama, Orang Kampung mengajak semua untuk menghargai asal-usul dan keindahan hidup sederhana yang penuh kebahagiaan.

“Saya berusaha menyampaikan mesej melalui muzik yang kreatif dan kontemporari tanpa mengorbankan nilai tradisional. Album ini menggabungkan elemen muzik tradisional dengan sentuhan moden agar kekal relevan di hati peminat muda,” jelasnya.

Video lirik ‘Orang Kampung’ sudah boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir dan album Jati Diri boleh didengari di semua platform penstriman digital pada 7 Februari 2025 dan dijangka membawa satu gelombang baharu dalam industri muzik tempatan dengan menampilkan gabungan identiti budaya, nilai tradisional, dan mesej penuh makna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

Naz Rahman Terkejut Showcase Kerabat R&B Malaya Terima Sambutan Luar Biasa

Korang kena dapatkan mini album yang menggabungkan beberapa kumpulan penyanyi R&B tanah air tak lama lagi, sure gempak punya!

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

三胞胎「大韩」近照公开!宋一国:别再长了

韩国最萌三胞胎「大韩、民国、万岁」从实境秀窜红,离开节目后回归正常生活,粉丝只能从星爸宋一国的IG才能得知他们近况。趁着三人满6岁生日的前夕,爸爸公开老大摘掉眼镜的「近照」,已逐渐看出小男孩的轮廓,让他舍不得大呼:「别再长啦!」

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

Hazama Terkejut Dapat Watak ‘Aneh’ Dalam Filem Tiada Tajuk

Pada awalnya memang sukar tetapi Mawi sebagai pengarah, dia banyak membantu.

Trending Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Thu, 26 Sep 2024
Hiburan Thu, 22 Aug 2019

BTS ARMY! Peminat Jimin Bangga, Raih King Of K-Pop 2019

Peminat Jimin confirm histeria kan?

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

“I’d Rather Wear Clothes I’m Comfortable in…” – Dato’ Siti Fends Off Haters

You can keep your judgement to yourself because Dato’ Siti don’t give a sh*t.

error: Content is protected !!