Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 27, 2022 @ 1:26pm

Peminat Teruja! Boleh Imbau Kenangan 12 Ikon Penyiaran Buat ‘Comeback’ Dalam Buletin Utama TV3

Keterujaan peminat jelas dapat dilihat apabila 12 ikon penyiaran TV3 akan memberi kejutan kepada penonton setia Buletin Utama dengan membuat penampilan istimewa sempena ulang tahun ke-38 stesen berkenaan.

12 ikon yang terdiri daripada Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim, Datuk Dahlan Maamor dan Zakiah Anas akan tampil dengan tujuh laporan khas.

Selain itu, 12 ikon penyampai berita ‘senior’ ini akan digandingkan bersama barisan  penyampai ‘junior’ seperti Mior Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan.

Berkongsi mengenai tercetusnya idea ini, Pengarang Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Kamaruddin Mape berkata, kemunculan 12 ikon ini pastinya akan dapat mengembalikan nostalgia dan mengubat rindu penonton yang ingin melihat mereka beraksi semula dalam Buletin Utama.

Justeru itu, beliau berpendapat kenapa tidak menjemput mereka semula sempena sambutan ulang tahun TV3 ke-38 ini.

“Sebenarnya dah plan lama, cuma tahun ni terfikir dan idea ni juga turut disumbangkan oleh peminat dan penonton setia TV3 dan Buletin Utama.

“Penyampai berita otai ini seronok dan berminat untuk kembali ke studio walaupun gugup disebabkan sudah lama tidak keluar kaca televisyen.

“Antara paling lama tidak tampil di kaca TV adalah Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Ezzah Aziz Fawzy dan Nurfarahin Jamsari.

“Kami ada juga mengundang Puan Sri Normala Samsudin dan Wan Zaleha Radzi, tetapi mereka tidak dapat bersama-sama kerana masing-masing sibuk,” katanya kepada Xtra.

Tambah anak kelahiran Tawau, Sabah ini, jika meraih sambutan menggalakkan daripada penonton dan ‘rating’ program meningkat, pihaknya akan memikirkan dan meneruskan usaha ini pada tahun hadapan.

“Saya yakin pengalaman yang mereka ada, insya-Allah Buletin Utama sepanjang seminggu ini akan mendapat sambutan baik. Sebab saya percaya ‘rating’ akan naik kerana peminat sudah lama menunggu.

“Sekiranya mendapat maklum balas baik, kami akan fikirkan untuk meneruskan usaha ini, tahun hadapan. Ini disebabkan kami akan sedaya upaya berusaha untuk kekal sebagai stesen TV nombor satu,” jelasnya.

Kamaruddin yang mula bersiaran bersama Buletin Utama sejak tahun 1996 ditemui pada sesi ‘mock run’ bersama beberapa ikon penyampai di Sri Pentas pada Khamis.

Selain itu, uji bakat pencarian wajah baharu Buletin Utama yang mula beroperasi pada 1 Jun 1984 itu juga sedang rancak berlangsung di aplikasi TikTok dari 10 hingga 31 Mei ini mendapat sambutan memberangsangkan.

Ia mensasarkan kepada warga negara Malaysia yang berusia antara 19 hingga 30 tahun dalam usaha menggilap bakat muda menjadi ‘wajah’ Buletin TV3.

Bagi mereka yang berminat, boleh merakamkan video berdurasi lebih 60 saat, menyampaikan dua skrip berita dalam bahasa Melayu, Inggeris atau kedua-duanya dan muat naik ke aplikasi TikTok peribadi berserta tanda pagar Wajah Baharu Buletin TV3, Penyampai Buletin TV3 dan Buletin TV3.

 

 

Kredit foto : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

It’s A Girl, Tahniah Nabil Ahmad & Zira Ayub!

Alhamdulillah, tahniah Nabil & Zira!

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 9 May 2019

Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Cubaan Shah Rukh Khan tidak sia sia memikat hati Gauri

Trending Thu, 24 Jun 2021

“Bertindak Segera!” Bersama Ejen Ali – Pakai Pelitup Muka, Jaga Kebersihan & Kekal Selamat

“Bertindak Segera!” Itulah kata semangat yang sering dilaungkan oleh Ejen Ali ketika menjalani misi baharu. Dalam situasi pandemik sebegini, laungan ini menjadi ikutan di kalangan anak-anak kita dalam menjalani kehidupan norma baharu. Lebih menarik, kini […]

Events Tue, 26 Nov 2019

Penerbit Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terbitkan Sara Sajeeda

Banyak sangat masalah tapi tengoklah result dia kan? Tahniah kepada semua!

Featured Fri, 12 Dec 2025

Selepas 2 Tahun Menyepi, Joe Flizzow Kembali Gegarkan Arena Hip Hop Dengan Single 501

Ikon hip hop tanah air Joe Flizzow kembali dengan single 501.

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Trending Fri, 27 Sep 2019

CCTV拍到「鬼怪」雕塑半夜自转!超恐怖的~

「鬼怪」雕塑半夜被CCTV拍到自转,网民直言:「小心邪灵附体」!

error: Content is protected !!