Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 26, 2022 @ 6:02pm

[VIDEO] Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu, Mizz Nina Akui Takut Tak Beri Didikan Terbaik Untuk Musa – “Kehidupan Saya Berubah, Tapi…”

Aktivis kemanusiaan dan selebriti, Mizz Nina mengakui ada kalanya timbul perasaan takut apabila kini sudah bergelar seorang ibu kepada anak angkatnya bernama Musa.

Menurut Mizz Nina, di pengakhiran kehidupan setiap manusia akan disoal oleh Sang Pencipta sama ada menerapkan ajaran Tarbiyyah yang baik dalam mendidik anak-anak.

“Berbicara soal anak, saya takut. Allah akan bertanya kepada kita, bagaimana kita membesarkan anak-anak kita? Adakah kita sedaya upaya memberikan Tarbiyyah yang baik kepadanya?,” katanya.

Mizz Nina menerusi sebuah temubual yang dimuat naik di akaun TikTok aplikasi Qalby keluarannya berkata dia menuntut ilmu khusus dalam memberi didikan yang terbaik kepada anak.

“Alhamdulillah, saya belajar dengan jelas dalam kelas juga. At-Tarbiyyah sebenarnya datang dari Allah, kita hanya perlu melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Disoal sama ada bergelar ibu telah mengubah karakternya, Mizz Nina berkata dia masih insan yang sama namun tidak menafikan kehidupannya kini tidak seperti sedia kala.

“Saya rasa saya masih Nina yang sama, tetapi kehidupan saya telah berubah. Ia telah mengubah sepenuhnya dari segi perkara yang saya lakukan, keputusan yang saya buat.

“Sekarang ia seperti, ‘Baiklah..sekarang saya dah ada anak, setiap tingkah laku saya perlu memikirkannya terlebih dahulu.

“Ke mana saya mengembara, apa yang saya lakukan. Allahu Akbar. Tetapi Alhamdulillah, ia adalah Anugerah dari Allah SWT dan benar-benar Illahi, Musa datang ke dalam hidup saya. Subhanallah, sungguh Illahi dan semuanya telah dirancang oleh Allah.

“Dan ini dengan sendirinya benar-benar telah meningkatkan keyakinan dan tawakal saya kepada Allah, bahawa Dia yang berkuasa. Setiap yang berlaku, sesiapa yang datang hidup kita, dan pergi dalam hidup kita, semuanya dari Allah SWT,” luahnya.

Sementara itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak menafikan perjalanan menjadi ibu pada awalnya sedikit rumit namun dek persekitaran yang baik dan dikelilingi insan berhati mulia banyak menyuntik dorongan kepadanya.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Pada mulanya ia agak sukar. Saya pertama kali menjadi ibu. Ia seperti ‘apa yang saya lakukan ni?”

“Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kurniakan saya keluarga dan kawan-kawan yang sangat menyokong, dan MasyaAllah, orang yang mengajar dan menasihati saya dalam hal membesarkan bayi sebagai amanah dari Allah SWT,” katanya lagi.

Sekadar info, Mizz Nina dan bekas suaminya, Noh Salleh mengambil anak angkat sejak awal tahun lalu.

Mizz Nina dan Noh Salleh mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 namun membuat keputusan untuk bercerai talak 1 pada 4 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Perceraian Mizz Nina & Noh Salleh Didakwa Sebab Orang Ketiga, Wanita Ini Tampil Buat Pendedahan – “Saya Memang Personally Kenal…”

Artikel Berkaitan: Air Mata Tumpah, Video Mizz Nina Tular – “First Time Tengok Dia Nangis”

Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 14 Sep 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Thu, 24 May 2018

Gambar Itu Dirakam Selepas Mereka Bercerai, Jangan Mengarut!

Saya tak tahu bagaimana spekulasi itu boleh timbul pula, sedangkan kami sudah berkawan sejak dulu lagi.

Hiburan Fri, 5 Aug 2022
Trending Tue, 6 Aug 2019

Peminat Naelofar Dan Starbucks Boleh Dapatkan Jenama Ini Serentak!

Dapatkan Neelofar X Starbucks dalam masa yang terhad ni tau!

Events Wed, 7 Aug 2019

张家辉看《使徒行者2》大哭!自嘲年纪大不考虑回TVB拍戏

张家辉自爆看《使徒行者2》大哭!被问会否回TVB拍戏?他坚决说不,还打趣的指 “都几十岁的人,怕拍拍下就那样走了!”

familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Empat Protege Mara Ke Final Mentor Milenia 2019, Tahniah!

Tahniah buat semua protege yang berjaya ke pentas final Mentor Milenia 2019!

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

WARIS DIFITNAH HINA MUZIK UNDERGROUND

Peminat muzik underground melabel Waris sebagai seorang yang lupa diri

familuv Mon, 24 Feb 2020
error: Content is protected !!