Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 17, 2026 @ 5:34am

“Mohon Maaf, Harap Boleh Buka Lembaran Baharu & Fokus Perkara Positif” – Muaz Zabir Rayu Henti Ungkit Isu Lama

Pelakon Muaz Zabir memohon agar pihak yang mengungkit isu lama dan melabelnya sebagai ‘penyondol’ agar menghentikannya walaupun perkara tersebut sudah berlalu hampir dua tahun.

Menurut bintang drama bersiri Dorm 403 itu, kecaman berterusan di media sosial sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi dan mentalnya, namun Muaz memilih untuk menerima dengan reda kerana tidak mampu mengawal apa yang diperkatakan orang lain.

“Walaupun saya tidak terlibat dengan apa yang diperkatakan atau disebarkan, saya percaya setiap yang berlaku ada sebabnya.

“Mungkin ada hikmah yang saya belum nampak atau ia membuka jalan kepada rezeki yang lebih besar, saya sendiri tidak pasti.

“Tapi secara jujur, saya harap perkara ini tidak lagi dibangkitkan kerana semua orang sudah meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALTERNATE (@alternate.my_)

Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan episod pertama drama terbaharu lakonannya, Dorm 403, di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menurutnya, isu berkenaan terus diperkatakan apabila masih wujud dakwaan tidak berasas daripada segelintir pihak.

Sehubungan itu, dia memilih untuk mengambil pendekatan memohon maaf dan berharap semua pihak dapat melangkah ke hadapan tanpa terus mencetuskan spekulasi.

“Saya tidak boleh halang apa yang orang mahu cakap. Kita tahu sifat manusia, akan ada hasad dengki dan iri hati, itu memang sukar dielakkan.

“Saya mohon maaf. Saya harap semua boleh buka lembaran baharu dan fokus kepada perkara yang lebih positif,” katanya.

Muaz turut merayu agar netizen menghentikan kecaman serta spekulasi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kontroversi tersebut.

“Saya mohon supaya semua hentikan kecaman. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini,” katanya.

Dalam masa sama, Muaz berharap diberikan ruang untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenang tanpa terus dibayangi isu lama.

“Saya sendiri tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan kerana semuanya sudah lama berlalu.

“Tapi masih ada yang melabel saya dengan pelbagai gelaran termasuk ‘penyondol’.

“Saya harap semua dapat hentikan perkara ini dan beri ruang untuk saya teruskan kehidupan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Dalam perkembangan lain, Muaz kini tampil dalam drama Dorm 403, naskhah misteri penuh emosi yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Drama 13 episod itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli, Noki, Dynas Mokhtar dan Puteri Aleeya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Anuar Zain Jadikan Neelofa Contoh Terbaik

Lofa pantas dijadikan panduan bagi menangani netizen mulut bawang

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

Takdir Satukan Elizad & Riezman

Filem TAKDIR, banyak pengajaran untuk pasangan suami isteri agar terus meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

Featured Sun, 20 Nov 2022
Featured Fri, 5 May 2023

“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Siapa la yang akan bertakhta di hati Mamuu ekk 😚😚 Dah la segakkk!

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Wow! Nama Cowell Kini Di Hollywood Walk Of Fame

18 tahun yang menakjubkan. Jika sesiapa mengatakan kemasyhuran adalah perkara tidak baik, saya tidak tahu apa yang anda perkatakan. Ia adalah perkara terbaik di dunia.

Featured Fri, 14 Feb 2025

Fikry Ibrahim Perjelas Dakwaan Dipaksa Berkahwin, Ada Sebab Tak Hebah Perkahwinan – “Saya Banyak Fikir, Jadi Suami Tanggungjawab Besar”

“Ini bukan saya buat drama TV3. Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir”- Fikry Ibrahim.

error: Content is protected !!