Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 2, 2025 @ 5:16am

Media Prima Dominasi FFM 34, Bawa Pulang 8 Trofi… Babah Dinobatkan Sebagai Filem Terbaik

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung meriah di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri malam tadi menyaksikan kemenangan besar Media Prima mencipta sejarah apabila mendominasi malam anugerah dengan kemenangan menerusi tiga produk terbitan dan kolaborasinya.

Filem Blood Brothers: Bara Naga, hasil kolaborasi Media Prima bersama Skop Production sebagai rakan promosi meraih trofi Pengarah Terbaik (Syafiq Yusof & Abhilash Chandra), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly), Sinematografi Terbaik (Nicholas Chin), Lagu Tema Terbaik (Bara Jiwa), Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik (Defenderz Action Team) dan Anugerah Khas Filem Box Office.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FestivalFilemMalaysia34 (@ffm34_official34)

Sementara itu, produk terbitan Media Prima, Rindu Tak Berpenghujung dinobatkan sebagai Dokumentari Terbaik dan filem Ejen Ali The Movie 2, kolaborasi antara Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions meraih Anugerah Khas Juri.

Dalam pada itu, filem Babah terbitan Nads Media Entertainment Sdn Bhd dinobatkan sebagai Filem Terbaik. Filem arahan Shah Faizul itu turut mengungguli beberapa kategori utama termasuk Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali), Pelakon Wanita Terbaik (Sweet Qismina), Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Harapan (Shah Faizul). Kejayaan itu sekaligus menandakan kehebatan Babah sebagai naskhah beremosi yang mengetengahkan nilai kekeluargaan dan kemanusiaan secara jujur serta menyentuh hati.

Turut mencuri perhatian ialah Soloz: Game of Life yang unggul dalam kategori teknikal seperti Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Kesan Khas Visual Terbaik. Filem Takluk: Lahad Datu pula menerima pengiktirafan khas juri, manakala Mencari Ramlee memenangi Rekaan Kostum Terbaik melalui kerja kreatif Farah Syaliq. Anugerah Khas Sepanjang Zaman diserahkan kepada Datuk Ahmad Tarmimi Siregar atas sumbangan besar beliau terhadap industri perfileman tempatan, manakala Hassan Muthalib pula menerima Anugerah Khas Karyawan.

Malam penuh gemilang itu dikendalikan oleh Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim serta disiarkan secara langsung di TV2.

Penganjuran FFM34 tahun ini bukan sekadar mengiktiraf karya terbaik tempatan, malah memperlihatkan keupayaan industri perfileman Malaysia untuk terus berkembang dengan keberanian bereksperimen, kekuatan teknikal dan penceritaan yang semakin matang.

Semak senarai penuh pemenang FFM 34:

Filem Terbaik: Babah (Nads Media Entertainment Sdn Bhd)

Pengarah Terbaik: Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)

Pengarah Harapan: Shah Faizal (Babah)

Cerita Asal Terbaik: Nadia Nadzri (Babah)

Lakon Layar Terbaik: Wan Rafiq (Babah)

Pelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)

Pelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ellie Suriaty (Telaga Suriram)

Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)

Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tegkang)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)

Anugerah Khas Juri 1: Ejen Ali The Movie 2

Anugerah Khas Juri 2: Takluk: Lahad Datu

Anugerah Khas Karyawan: Hassan Muthalib

Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar

Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik: Defenderz Action Team (Blood Brothers: Bara Naga)

Penyunting Terbaik: Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)

Sinematografi Terbaik: Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)

Penataan Seni Terbaik: Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)

Penataan Bunyi Terbaik: Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life)

Penyunting Terbaik: Soloz: Game Of Life

Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga)

Skor Muzik Asal Terbaik: Soloz: Game Of Life

Kesan Khas Visual Terbaik: Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)

Poster Terbaik: Arst (Tegkang)

Rekaan Kostum/Busana Terbaik: Farah Syaliq (Mencari Ramlee)

Tatarias/Solekan Terbaik: Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu

Filem Pendek Terbaik: Rastech Worldwide Sdn Bhd (Saranghae)

Dokumentari Terbaik: Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)

Anugerah Khas Filem Box Office: Blood Brothers: Bara Naga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Syarat Wajib Kalau Mahu Memperisterikan Rita Rudaini…

Ibu kepada dua orang cahaya mata, Rita Rudaini akui masih belum bersedia untuk menempuh semula alam rumah tangga. Mana tahu kan satu hari nanti Rita berjumpa dengan lelaki yang dapat bertanggungjawab ke atas anak-anaknya?

Events Mon, 13 Jan 2020

MASDO Tampil Dengan Album Jalan Abbey

Dengar cerita, cetakan pertama album ini telahpun sold out guys!

Trending Mon, 18 Apr 2022

Rugi RM152,500… Lelaki Didakwa Menipu ‘Bakal Isteri’

Seorang lelaki dituduh menipu seorang wanita wang tunai dan barang kemas untuk perkahwinan yang tak wujud..

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Saya Tidak Suka Tonjol Kehidupan Peribadi

Dalam masa sama, Bront juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anaknya.

Hiburan Fri, 31 May 2019

Zara Zya Segan Naik Pentas?

Betul ke ni Zara? Kami dengar suara awak sedap je…

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Featured Wed, 28 May 2025

Kongsi Tips Pertahanan Diri, Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga?

Hantaran tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen

error: Content is protected !!