Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 18, 2024 @ 10:08am

“Berani Buat, Berani Tanggung” – Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Bapa kepada suspek pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah mendedahkan dia tidak pernah mengajar anaknya itu untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Memetik Laporan Berita Harian,  lelaki berusia 64 tahun yang bekerja sebagai petani itu juga, sebagai bapa, dia lebih mengenali anaknya yang disifatkan sebagai amat berdisiplin dan suka bergurau.

“Siapa yang tidak sayang anak, pada saya tiada yang pelik mengenai perangainya.

“Saya tidak pernah didik dia yang bukan-bukan, apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung,” katanya kepada pemberita.

Meskipun tabah menjalani kehidupan seperti biasa selepas berita pembunuhan tersebut tular, bapa suspek bagaimanapun menyifatkan insiden berkenaan diluar jangkauannya.

“Namun, saya kena tabah dan berbuat seperti tiada apa yang terjadi untuk terus berkerja.

“Takdir penentu segalanya, apa saya nak buat. Perkara sudah terjadi bukan di depan mata dan tidak boleh saya halang,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:Anak Murid Nur Farah Kartini Kongsi Pesanan Terakhir Arwah – “Jangan Pendam Perasaan, Luah Pada Orang Yang Boleh Dipercayai”

Artikel Berkaitan:“Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia” – Status Terakhir Nur Farah Kartini Tular Di Media Sosial, Ramai Luah Rasa Sayu

Mengulas lanjut mengenai keadaan menantu dan cucunya pula, lelaki itu menegaskan mereka dalam keadaan baik.

“Saya difahamkan, malam tadi polis membawa anak saya ke rumahnya di Bukit Katil dan dia sempat membuat panggilan video kepada saya.

“Selain itu, polis juga memeriksa dan mengambil telefon bimbit isterinya untuk siasatan berkaitan termasuk mesej dihantar wanita itu (mangsa),” dakwanya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan memaklumkan bahawa keluarganya juga sudah melantik peguam bagi mewakili anaknya dalam siasatan dan perbicaraan kes itu kelak.

Terdahulu, kes pembunuhan Nur Farah Kartini mendapat liputan media apabila dia dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan pada 10 Julai lalu, dan kemudian ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, kira-kira 6 petang dipercayai akibat dibunuh individu dikenali mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Dec 2020

Varian Baru Virus Covid-19 Semakin Merebak, Negara Eropah Sekat Rentas Negara Ke UK

Dalam satu laporan terkini, United Kingdom telah melaporkan  mutasi baharu virus COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01.  Mutasi itu telah menyebabkan virus lebih mudah berjangkit antara individu. Justeru, negara-negera Eropah seperti Itali, Belanda dan Belgium  kini […]

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Semoga dapat diselesaikan secara baik ya?

Featured Wed, 27 Apr 2022

Penghantar Makanan Cabul Wanita Di Lampu Isyarat

Aduh…. dalam bulan Ramadan macam ni pun perangai yang bukan-bukan.

Featured Mon, 22 Jun 2026

“Kenapa Kalau Melawak Kena Malukan Orang Lain, Low EQ?” – Hafreez Adam

Hafreez Adam tampil menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak memalukan orang lain bertujuan untuk melawak semata-mata.

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Wak Doyok Biar Ibu Carikan Calon?

Senang ye? Tak payah pening-pening!

Featured Sun, 4 Dec 2022
error: Content is protected !!