Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 12, 2024 @ 4:34pm

Bolot Trofi Lagu Paling Boom, Ernie Zakri Terharu – “Kemenangan Ini Takkan Terjadi Tanpa Ernienators”

Penyanyi popular, Ernie Zakri bersyukur dan meluahkan rasa terharunya apabila lagu duet bersama Ade Govinda berjudul ‘Masing-Masing  diumum sebagai Lagu Paling Boom Popular di bawah kategori Ekstra Tonton Paling Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.

Tidak menduga lagu ini menang memandangkan saingan dalam kategori sama begitu kuat, Ernie bagaimanapun mendedikasikan kemenangan tersebut buat kelab peminatnya, Ernienators.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aura (@erniezakri)

 

“Alhamdulillah, apa yang mereka (kelab peminat) usahakan nampaknya berhasil. Saya tidak jangka menang apabila dicalonkan dalam pertandingan membabitkan undian.

“Lebih-lebih lagi melihat peminat artis yang bersaing dalam kategori ini kuat-kuat. Tetapi saya bersyukur lagu ini mendapat tempat di hati pendengar.

“Saya tentunya teruja dan bersyukur. Boleh juga katakan lebih kepada terharu kerana kemenangan ini tidak akan terjadi tanpa kelab peminat, Ernienators,”katanya.

Dalam pada itu, Ernie menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya turut menitipkan jutaan terima kasih buat semua peminat  yang bertungkus lumus dalam memastikan ‘ada’ kemenangan buat dirinya di ABPBH36 tahun ini.

“Selamat pagi, khusus buat jiwa jiwa terluka. Lagu kita semua dapat jadi lagu Boom Popular. Alhamdulillah terima kasih semua yang mengundi, terutamanya @ernienators_official, Terima kasih sudah berhabisan tenaga dan masa untuk ABPBH36. Kak Ninie sayang semua. Kita jumpa di konsert ya,” katanya.

Tidak mahu kenyataannya disalah erti, Ernie sekali lagi tampil menjelaskan bahawa ‘jiwa-jiwa terluka’ yang dimaksudkan tidak merujuk kepada mana-mana pihak sebaliknya menegaskan ‘Jiwa terluka itu’ adalah mengenai lagu Masing-Masing.

Dalam pada itu, rakan duetnya Govinda juga turut meninggalkan komen balas dan berharap agar pelantun lagu Ku Bersuara itu terus berjaya dan bersemangat dalam menghasilkan karya yang terbaik.

Sekadar info, lagu ‘Masing Masing’ menewaskan ‘Jangan Mati Rasa Itu’ (Aina Abdul), ‘Sedih Hati’ (Malique), ‘Damello’ (Dolla), ‘Waktu’ (Ziana Zian & Hasif Upin) dan ‘Arah Cinta’ (Siti Nordiana).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 9 Aug 2018

Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan

Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu

Featured Thu, 10 Oct 2024

Ina Naim Mohon Netizen Jadikan Kisah Cerai Fazura & Fattah Amin Sebagai Pengajaran

Akhir zaman… apa yang berlaku jadikan iktibar kata Ina❤️🔥

Hiburan Tue, 15 Apr 2025

[VIDEO] Majlis Bersiram Erissa Puteri Penuh Emosi, Momen Bersama Ibu Bapa Buat Ramai Sebak – “Lepas Ni Dah Bertukar Tanggungjawab”

Bapa Erissa Puteri gagal tahan air mata, berat hati nak lepaskan anak kepada bakal suami

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Fatima Adalah Segalanya, Tiada Masa Untuk Saya Bersedih” – Nur Fazura

Nur Fazura sambut syawal di kampung bersama Fatima, sumber kekuatan buat dirinya

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

2018「台湾之夜」嗨翻全场!陈建年加码一首歌迷呼赚到

2018「台湾之夜」嗨翻全场!大马原住民歌手Reza Salleh以及来自台湾的柯智棠、吴汶芳和陈建年四小时轮番接唱,让歌迷一次听过瘾。

Featured Fri, 25 May 2018

Leher Anda Hitam? Gunakan Buah Betik Untuk Hilangkannya!

Atasi masalah kulit leher hitam dengan menggunakan buah betik sahaja!

Featured Tue, 21 Jan 2025

Fattah Amin Persoal Tindakan Individu Puk*l Abang OKU – “Kenapalah Sekejam Ini Diperlakukan Sesama Manusia”

Fattah Amin tampil meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan kejam individu berkenaan.

error: Content is protected !!