Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 10, 2024 @ 8:04pm

Ina Naim Mohon Netizen Jadikan Kisah Cerai Fazura & Fattah Amin Sebagai Pengajaran

Pempengaruh yang juga isteri kepada Allahyarham, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim  berharap agar masyrakat mengambil pengajaran menerusi kisah perceraian yang berlaku antara selebriti popular, Fattah Amin da Fazura.

Katanya memetik laporan Harian Metro, semua orang tidak lepas dari melakukan kesilapan sekaligus memohon agar Allah SWT melindungi semua dari fitnah dajal.

“Semua orang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tapi, kita ini yang Allah tunjukkan benda ini, kita minta Allah lindungi kita daripada fitnah dunia dan fitnah dajal.

“Jauhkan kami daripada cinta dunia. Itu, Allah nak beri pengajaran kepada semua. Salah satu pengajarannya adalah, jangan cinta dunia.

“Kedua, jangan berhutang terutama hutang riba yang sentiasa dipaksa bayar. Itu akan membuatkan kita jadi tertekan. Kita ambil pengajaran dari situ, bukan kita komen,” katanya.

Ina Naim

Pernah terkena tempias hidup dalam dunia glamor, Ina mengakui dunia hiburan adalah dunia tipu-tipu semata-mata.

“Saya bukan nak cerita, tetapi saya nak jadikan satu pengajaran untuk semua. Saya tengok, macam-macam orang komen dan ramai sokong Fattah Amin. Saya kena lihat dua benda. Memang Fazura dan Fattah orang yang baik.

“Cuma, apabila wartawan bertubi-tubi tanya soalan kepada dia, dia terlepas cakap benda itu. Itu yang jadi besar. Fattah Amin ini orang cerdik, dari keluarga berilmu, orang soleh dan solehah, ahli syurga.

“Kalau dia (Fazura) sedar apa yang dia cakap, dia takkan cakap semua benda. Saya duduk dalam dunia ini, saya tahu. Dunia tipu-tipu,” jelasnya.

Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Madammu Bengang Diminta Ulas Isu Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Tegur Netizen Jangan Suka Menyibuk Hal Peribadi Orang Lain –  “Jangan Ghairah Dengan Kesedihan Orang, Tengok Suami Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Perceraian Bukan Gimik, Pengurus Dedah Fattah Amin Tak Tahu Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Duet Bersama Fazura Bakal Dilancarkan

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Berlaku Perpisahan Jagalah Aib Hingga Ke Akhir Hayat, Baru Darjat Kita Diangkat Tinggi” – Didie Alias

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Joe Flizzow Mohon Maaf Kerana 16 Baris, Publika Sesak Teruk!

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis-artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100k  menerusi platform digital Youtube mereka

Featured Fri, 17 Sep 2021

Bantuan Wang Ihsan Dinaikkan Sehingga RM1,000 Kepada Setiap Isi Rumah – PM

Alhamdulillah, ini untuk persediaan lah kiranya…

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Untuk Tampil Lebih Tampan, Syamel Kini Turun 10kg

Semoga Syamel dapat menurunkan berat badan dengan jayanya! Jangan hangat-hangat taik ayam je okay

LIFESTYLE Fri, 14 Dec 2018

3 Tips Cantik Sebelum Tidur

Nak cantik sebelum tidur ikuti tips ini

error: Content is protected !!