Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 25, 2024 @ 2:40pm

Gimik Datuk Red Beri Cincin Kepada Adira Suhaimi Atas Pentas Bukan Ambil Kesempatan

Kemunculan ahli perniagaan, Datuk Red yang memberikan cincin kepada bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi sebagai kejutan bukanlah untuk mengambil kesempatan.

Merupakan gimik pelancaran untuk produk kolaborasi Adira bersama jenama emas Mira Gold, perkara terbabit bukanlah untuk mengambil kesempatan atas isu yang berlaku terhadap penyanyi itu, tetapi ia sekadar mencantikan perjalanan majlis pelancaran.

“Kami bukan mengambil kontroversi, tetapi bagi saya, tidak salah untuk meraikan kedatangan Datuk Red. Kami sudah bersama Adira, jadi apa salahnya kami bersama keluarganya juga bersama Mira Gold,” kata pengasas Mira Gold, Nor Dhamirah Daling.

Dalam pada itu, Adira turut berterima kasih kepada bekas suaminya yang sudi melakukan gimik tersebut demi menjayakan majlis pelancaran ini.

“Gimik ini untuk mencantikan perjalanan Siti Adira Collection dan Mira Gold. Kami pun pujuk dia bukan main lama, tetapi kami tidak mendesak.

“Alhamdulillah, Tuhan mempermudahkan dan melembutkan hatinya untuk menyertai gimik ini,” kata Adira.

Setelah koleksi Cincin Ami menerima sambutan hangat, Mira Gold menjalin kolaborasi sekali lagi dengan Adira dan memperkenalkan ‘Cincin Siti Adira’.

Cincin ini mempunyai rekaan yang lebih eksklusif, disertakan dengan sijil khas dan hanya 1,000 unit yang dikeluarkan.

Di majlis pelancaran terbabit, hampir 400 unit cincin dengan rekaan ‘Six Loop’ dan ‘Eight Loop’ telah terjual.

Menurut Dhamirah, ini merupakan projek kedua bersama Adira.

Bekerjasama dan menjadi rakan kongsi dengan selebriti tersebut sangat mudah kerana senang untuk mereka berbincang mengenai rekaan eksklusif demi memenuhi keinginan para wanita, seiring dengan tagline mereka.

“Adira adalah seorang yang mempunyai aura positif. Cara dia bercakap dan melayan orang lain sangat menyenangkan. Bincang tentang perniagaan pun menjadi sangat lancar, jadi kami terbuka untuk terus mengadakan kolaborasi bersama.

“Kadang-kadang kami terpaksa berjumpa hingga 1-2 pagi untuk membincangkan cincin khas ini, kerana kami ingin menyampaikan betapa istimewanya rekaan Siti Adira kali ini,” kata Dhamirah.

Bagi Adira, walaupun sentiasa sibuk sebagai seorang selebriti, ia tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi pengasas emas hasil kolaborasi bersama Mira Gold.

“Kami sering berbincang tentang rekaan ini sehingga larut malam kerana kami ingin memastikan hasilnya cantik. Kadang-kadang sampai ke subuh,” jelasnya.

Untuk rekod, kedai Mira Gold mula beroperasi pada 2018 dan kini mempunyai dua cawangan di Pasir Gudang, Johor dan Taman Melawati, Kuala Lumpur. Mira Gold juga menawarkan pembelian barang perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

HAEL TAK BOLEH BAYANG HIDUP TANPA HELENA

Helena merupakan anugerah terindah dalam hidupnya dan kemenangan ini ditujukan khusus untuk bayi comel itu…Alahai, sweet la daddy Hael ni…

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

Umur Bukan Penghalang, Ini Sebab Alif Satar Sokong Golongan Belia 35 Tahun Sertai PLKN 3.0 – “Saya Tengok Ramai Yang 30-an Tak…”

Min setuju apa yang Alif bagitahu tu! Tapi jangan risau ye peserta lahir tahun 2007 yang akan dipanggil

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Phantom Lawyer Tampil Dengan Kisah Guaman Luar Biasa Di Tonton Mulai 13 Mac

Drama arahan Shin Joong Hoon ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Yoo Yeon Seok, Esom, Kim Kyung Nam, Jun Suk Ho dan Kim Mi Kyung.

Trending Tue, 19 May 2020

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Inilah realiti norma baru..

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

Kenapa Artis Nak Sembang Pasal Politik?

Qi Razali tampil memberikan pandangan beliau menerusi Twitter mempersoal kenapa orang seni perlu bersuara tentang isu politik negara

Featured Fri, 10 Jun 2022
Trending Sun, 1 Aug 2021

“Rasa Rugi Kalau Saya Tolak” – Ernie Zakri Teruja Berduet Dengan Hafiz Suip

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan peluang untuk berpadu vokal dengan penyanyi Hafiz Suip adalah satu penanda aras baru dalam karier seninya. Pada awalnya, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, risau untuk berduet dengan […]

error: Content is protected !!