Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 4, 2024 @ 11:05am

Meluru Keluar Pekarangan Mahkamah, Diana Danielle Seakan ‘Dingin’, Diam Membisu Selepas Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

Pelakon, Diana Danielle memilih untuk mengunci mulut dan seakan bersikap ‘dingin’ selepas keluar mendaftar permohonan rujuk dan pemfailan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil.

Aktres filem popular Imaginur yang dikawal oleh dua pengawal peribadi lantas meluru ke kenderaannya yang sudah tersedia di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Peguam syarie mewakili aktres, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian bersama aktor, Farid Kamil akan berlangsung pada 20 November ini.

Sementara itu, ketika disoal mengenai punca perpisahan Diana dan Farid, peguam Akberdin menjelaskan perkahwinan mereka berlaku shiqaq (perbalahan) berpanjangan serta sudah tiada persefahaman.

Pada pagi Isnin, Diana memakai jubah serba hitam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil bersama peguam syariah mewakilinya, Datuk Akberdin.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila dia nekad mahu bercerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram.

Namun begitu, Farid memaklumkan konflik hubungan antara mereka berdua hanya disebabkan oleh perselisihan faham kecil, yang dianggap satu kebiasaan buat pasangan suami isteri lain.

Terdahulu, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk pada 9 September selepas sebulan bercerai.

Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Artikel Berkaitan: Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq… Sebutan Pertama Bagi Permohonan Rujuk, Perceraian Kedua Diana Danielle, Farid Kamil Pada 20 November Ini

Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023

Bekas Isteri Dedah Insiden Dimarahi, Dicederakan Radhi OAG – “Tak Perlu Nak Selfie Peluk Sebab Dah Bercerai…”

Sampai macam tu segala.. Semoga semua perkara dapat diselesaikan dengan segera

Featured Fri, 4 Aug 2023

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Wah, tak sabarnya nak tengok pengantin nanti💖💖💖

Featured Tue, 17 Dec 2024

Kes Amang S*ksual, PU Azman Mengaku Bersalah… Terima Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

PU Azman diperintah menjalani kaunseling pemulihan & pengawasan polis selama 2 tahun.

Featured Tue, 6 May 2025

“Aku Masih Ada Iman”- Foto Dengan Adik Ipar Disalah Erti, Khai Bahar Bakal Ambil Tindakan Saman

Khai sedia mengambil tindakan tegas buat individu penyebar fitnah.

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

11 Tahun Bersendiri, Anak Tak Izin Azharina Cari Boyfriend?

Pernah satu ketika dia datang kepada saya dan tanya ‘Mummy ambil Rahmat dekat mana?

Hiburan Tue, 29 Oct 2019
Featured Thu, 11 Dec 2025

“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini

Rita berkata, sejak awal lagi fokusnya hanyalah mempertahankan kebajikan mereka yang terkesan dengan isu yang dibangkitkan.

error: Content is protected !!