Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 7, 2026 @ 4:13pm

Anna Jobling Anggap Peminat Sebahagian Daripada Hidupnya – “Mereka Banyak Berkorban Masa Untuk Saya”

Pelakon, Anna Jobling menyifatkan sokongan peminat sebagai antara faktor paling penting dalam perjalanan karier seninya sehingga berada di tahap sekarang.

Menurut Anna atau nama lengkapnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, berkata tanpa kewujudan fanbase yang sentiasa memberi sokongan, seseorang artis sukar untuk terus bertahan dalam industri hiburan.

“Sangat penting. Sangat-sangat penting sebab tanpa mereka, kita tak ada solid support system. Selain keluarga dan pihak pengurusan, mereka inilah yang sanggup ambil masa sendiri untuk buat video suntingan, naikkan kandungan di media sosial, mengundi dan hadir ke acara kami.

“Tanpa fanbase, mungkin kita pun tak ada sokongan yang kuat macam sekarang,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama Yes! Captain Zul Aaryan di Kota Damansara pada Rabu.

Dalam pada itu, Anna turut meluahkan rasa sayang terhadap peminat yang sentiasa setia bersamanya sejak awal pembabitan dalam dunia seni.

“Saya sayang sangat-sangat dekat mereka dan mereka tahu macam mana saya hargai sokongan itu,” katanya.

Anna juga mengakui dirinya gemar meluangkan masa bersama peminat termasuk mengajak mereka menyertai aktiviti dianjurkan sempena acara tertentu.

“Kalau saya ada acara berkaitan jenama atau sebagainya, Anna akan ajak mereka datang. Kalau ada majlis anugerah pun mereka akan hadir.

“Kami pernah pergi bowling, makan-makan, berbuka puasa dan sambut Hari Raya bersama. Ssaya cuba libatkan mereka sebab saya tahu betapa banyak mereka dah buat untuk saya. Jadi saya cuba balas semula sebaik mungkin,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia meletakkan batas dalam hubungan bersama peminat, aktres filem Lembayung i berkata peminatnya memahami perkara yang membuatkan dirinya selesa atau sebaliknya.

“Mereka dah kenal saya lama dan tahu apa yang saya suka atau tak selesa. Kalau ada peminat baru pun, mereka sendiri akan terangkan. Alhamdulillah setakat ini semuanya okay,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Kontroversi Bukan Punca Putus Cinta, Intan Najuwa Kembali Solo

Patah tumbuh hilang berganti, InshaAllah ada yang lebih baik untuk Intan…

Trending Tue, 13 Jul 2021
Events Fri, 1 Nov 2019

叶良财直呼爆冷!贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》获最佳电视剧

贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》成功突围,杀出一条血路,获颁ASK2019「最佳电视剧」。

Trending Tue, 10 Mar 2020

[VIRAL] “Saya Tak Menyesal Bunuh Dia, Saya Puas,”- Akibat Pengaruh Filem Horror,Remaja 15 Tahun Bunuh Budak 6 Tahun

TAK SANGKA! Selepas melakukan pembunuhan terhadap rakannya yang berusia 6 tahun, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun nekad menyerah diri di balai polis! Kejadian yang berlaku di Sawah Besar, Jakarta Pusat ini ternyata mengejutkan orang […]

Hiburan Mon, 19 Jan 2026
Trending Wed, 18 Sep 2019

“Sampai Bila Nak Tunding Jari?”-Perang Jerebu Semakin Parah, Apa Solusi Malaysia Dan Indonesia?

Sampai billa rakyat Malaysia perlu menanggung derita akibat tindakan melampau negara Indonesia? 

Featured Sun, 8 Aug 2021

Tahniah! Azizulhasni Awang Raih Pingat Perak Untuk Malaysia Di Olimpik Tokyo 2020

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila beliau meraih pingat perak dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo sebentar tadi. Kejayaan itu sekaligus menjadikan beliau sebagai […]

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi ‘Diculik’ Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat didalam sebuah beg berwarna hijau.

error: Content is protected !!