Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 19, 2024 @ 3:30pm

Individu Dakwa Guna Adik OKU Semata Nak Raih ‘Viewers’, Azfar Heri Tampil Bidas – “Hati Kau Kalau Dah Gelap…”

Pempengaruh Azfar Heri tampil menyelar dakwaan seorang individu yang mendakwa dia menggunakan adik lelakinya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meraih tontonan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi ciapan di aplikasi X, seorang pengguna meluahkan rasa kurang senang dengan sepotong video yang dimuat naik Azfar untuk berbuka puasa bersama adik lelakinya.

“Tunggang adik OKU pula dah untuk viewers. Yang bukan-bukan jela idol hampa semua ini,” dakwa individu tersebut.

azfar heri

Tidak berdiam diri, Azfar tampil membalas ciapan tersebut apabila menafikan dakwaan jahat tersebut dengan menyatakan perkongsian yang dibuat bersama adik lelakinya itu sekadar untuk berkongsi kepada pengikut.

“Bulan puasa ni cuba la fikir baik baik, takda niat pun nak tunggang ke apa.

“Cuma sekadar berkongsi video bersiap bersama-sama je. Hati kau tu kalau dah gelap, semua benda nampak negatif. Muhasabah diri sikit,” balas Azfar.

azfar heri

Dalam pada itu, Azfar atau nama penuh, Muhammad Azfar Herisyam turut memberi pesanan kepada semua agar sentiasa gembira dan positif dalam menjalani kehidupan tanpa sebarang prasangka buruk.

“Sudah sudah la tu, bulan puasa ni. Hati tu jangan busuk sangat.

“Cari kebahagiaan untuk diri sendiri supaya kau takda masa nak bitter fasal life orang lain. Be happy okay?,” tulisnya lagi.

azfar heri

Untuk rekod, nama Azfar mula dikenali dalam Intagram dan (X) Twitter kerana sering berkongsi video memasak, sebelum aktif dalam YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 6 Feb 2020
Trending Tue, 23 Mar 2021
Hiburan Mon, 21 Jul 2025
Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Hiburan Sun, 15 Mar 2026

The Fabulous Cats Lancar “Satu Syawal”, Tanda Permulaan Kepada Projek Seni Lebih Besar

Kumpulan The Fabulous Cats kembali menghangatkan industri muzik tanah air menerusi pelancaran lagu raya terbaharu berjudul Satu Syawal, hasil kerjasama dengan Luncai Emas Sdn. Bhd. Satu Syawal bukan sekadar lagu raya biasa, karya tersebut membawa […]

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
error: Content is protected !!