Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi March 15, 2026 @ 4:41pm

The Fabulous Cats Lancar “Satu Syawal”, Tanda Permulaan Kepada Projek Seni Lebih Besar

Kumpulan The Fabulous Cats kembali menghangatkan industri muzik tanah air menerusi pelancaran lagu raya terbaharu berjudul Satu Syawal, hasil kerjasama dengan Luncai Emas Sdn. Bhd.

Satu Syawal bukan sekadar lagu raya biasa, karya tersebut membawa nilai sentimental yang cukup bermakna kerana ia sebenarnya dicipta sejak tahun 2014 oleh anggota The Fabulous Cats bersama komposer, Adeep.

Menurut Cat yang mewakili kumpulan itu, lagu tersebut mempunyai kenangan tersendiri kerana beberapa individu yang pernah terlibat dalam pembikinannya termasuk arwah Lok Yu, Kelly serta Abang Aji yang bertindak sebagai pemuzik sesi.

“Lagu ini sangat istimewa buat kami kerana ada rakan seperjuangan yang pernah menyumbang dalam proses pembikinannya seperti arwah Lok Yu, Kelly dan juga Abang Aji yang membantu sebagai pemuzik sesi.

“Dari sudut cerita pula, Satu Syawal mengetengahkan mesej yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini, apabila ramai terlalu sibuk mengejar kerjaya hingga terlupa untuk kembali menoleh kepada keluarga.

“Lagu ini juga menyentuh sikap sesetengah orang yang sering menangguhkan niat pulang ke kampung dengan alasan seperti ‘tak apa, raya tahun depan aku balik’, tanpa sedar mungkin ada hati keluarga yang terasa.

“Apa yang paling penting, kita perlu sedar bahawa masa tidak boleh dibeli dan ia tidak sentiasa memberikan peluang kedua,” kata Cat ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu tersebut di Seeds Premier Hotel, Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pelancaran Satu Syawal turut menjadi langkah baharu buat The Fabulous Cats untuk kembali aktif dalam dunia muzik tempatan dengan karya terbaharu untuk peminat.

Pada asalnya, lagu ini merupakan sebahagian daripada projek iklan raya bersama Bigworks Properties sebelum dikembangkan menjadi sebuah lagu penuh yang akhirnya dilancarkan secara rasmi kepada umum.

Cat berkata kumpulan tersebut tidak meletakkan sasaran untuk kembali terlalu aktif, sebaliknya percaya kepada rezeki dan peluang yang hadir.

“Kami tidak merancang untuk aktif secara keterlaluan, tetapi lebih percaya kepada rezeki yang datang. Ruffedge masih ada perjalanan mereka, Alyah pula ada projek solo baharu, manakala Adeep banyak terlibat dengan kerja di belakang tabir.

“Dalam masa yang sama, usia kami semakin matang. Jadi apabila muncul peluang yang baik untuk kembali merakam lagu bersama, kenapa tidak kita manfaatkan,” katanya.

Dengan melodi yang segar serta mesej kekeluargaan yang kuat, Satu Syawal diharapkan mampu menjadi antara lagu raya yang meninggalkan kesan kepada peminat.

“Saya berharap lagu ini dapat menyatukan semula keserasian dalam The Fabulous Cats. Pada masa sama, ia juga dapat mengukuhkan lagi jenama kumpulan ini dalam kalangan peminat lama dan generasi baharu,” katanya.

Majlis pelancaran tersebut dianjurkan oleh Beatus Live sebagai penganjur utama dengan sokongan rakan strategik seperti Big Work, Ruby F&B, Luncai Emas dan Loket MY yang turut membantu menjayakan acara berkenaan.

Pengarah Beatus Live, Bella Dowanna berkata kerjasama tersebut menjadi langkah penting dalam menggabungkan elemen muzik, kreativiti dan penceritaan yang dekat dengan masyarakat.

“Di Beatus Live, kami melihat projek ini bukan sekadar pelancaran sebuah lagu raya. Ia juga menjadi ruang untuk menghasilkan karya yang mempunyai emosi serta cerita yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

“Kerjasama dengan The Fabulous Cats juga tidak terhenti setakat ini kerana kami sedang merancang beberapa projek istimewa yang akan diumumkan pada masa akan datang,” kata Bella.

Pelancaran ini juga menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih besar dan dijangka membuka lebih banyak peluang projek kreatif dalam industri hiburan tempatan.

Cat turut mengakui setiap penyanyi sememangnya menyimpan impian untuk mengadakan persembahan secara langsung berskala besar, termasuk The Fabulous Cats.

“Setiap penyanyi tentu mengimpikan persembahan langsung yang besar dan kami juga tidak terkecuali. Malah sudah ada pihak yang bertanya tentang kemungkinan mengadakan showcase atau konsert.

“Bagi kami, keyakinan untuk membuat persembahan itu memang ada dan kami bersedia. Namun bagi pihak penganjur, mereka tentu perlu menilai kesesuaian dari pelbagai aspek.

“Perancangan seperti ini memerlukan penelitian yang rapi dan tidak boleh disiapkan dalam masa singkat. Jika mahu dilakukan secara besar besaran, perancangannya juga perlu dibuat dengan sangat teliti,” jelas Cat.

Lagu Satu Syawal kini sudah boleh didengari di semua platform penstriman muzik, manakala muzik video yang turut dilancarkan menggunakan konsep teknologi Hybrid AI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

方逸华追思会 郑裕玲曾志伟等人现身

邵逸夫遗孀邵方逸华(六婶)上月22日病逝,享年83岁,其家人已于上月底为她举行过葬礼,昨天再在邵氏影城举行一场为时7小时的追思会。

Hiburan Wed, 23 Aug 2023
Featured Fri, 20 Jun 2025

Dakwaan Enot Kahwin P*ngkid, Individu Dikenali Sebagai Zack Tampil Respons – “Tolong Bawa Tok Kadi Datang Jumpa Saya”

Kata Zack, tuduhan yang masyarakat terhadap dirinya dan Enot adalah fitnah semata-mata.

Featured Tue, 29 Jul 2025

[VIDEO] “Unfollow Sekali, Aku Tak Nak Tengok Hidup Kau” –  Azfar Heri Perli Siapa Tu?

Mak aih, panjang ek She bebel. Siapa nak unfollow tu silakan.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Han Byul; Who Is He and Why He’s Potentially the Next Big Thing?

Charisma, check! Talent, check! Visual, check!

error: Content is protected !!