Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 20, 2022 @ 3:22pm

Anjur Majlis Ilmu, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir – “Dia Orang Terakhir Tinggalkan Majlis”

Selebriti dan usahawan, Neelofa seringkali dilihat menganjurkan majlis ilmu agama yang disertai oleh rakan-rakan artis melalui akaun media sosialnya.

Menurut perkongsiannya, pelakon bukan Muslim, Jasmine Suraya turut menyertai majlis tersebut untuk mengenali agama Islam dengan lebih mendalam.

Memetik laporan BH Online, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, memaklumkan bahawa dia terkejut apabila ada rakan artis yang bukan Muslim mahu menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan.

“Sangat mengejutkan apabila rakan artis bukan Muslim seperti Jasmine menyatakan hasrat mahu hadiri majlis ilmu. Dia mahu datang kerana ingin tahu mengenai Islam,” kongsi Neelofa.

Jelasnya lagi, majlis ilmu yang diadakannya itu merupakan majlis ilmu pertama yang disertai Jasmine Suraya malah dia menjadi orang yang terakhir tinggalkan majlis.

“Jasmine jadi orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu majlis ilmu pertama yang dihadirinya. Kebetulan pada penghujung majlis, ustazah menyebut kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety) dan disuruh berzikir pada Allah.

“Alhamdulillah, rezeki dia (Jasmine) berpeluang hadir majlis itu. Saya berbesar hati menjemput Jasmine. Rasa berbunga-bunga hati apabila dia mahu sertai,” katanya kepada BH Online.

Bukan itu sahaja, majlis ilmu ini turut dihadiri oleh rakan-rakan selebriti seperti Bella Astillah, Wan Sharmila, Izara Aishah, Linda Rafar,Adriana Adnan, Kaka Azraff dan ramai lagi.

Luah Neelofa, dia berasa sangat terharu apabila majlis yang dianjurkan itu mendapat sambutan dalam kalangan artis tanpa mengira usia.

Bukan itu sahaja, Neelofa turut berhasrat untuk mengadakan majlis ilmu secara besar-besaran untuk orang ramai.

“Sejak beberapa hari lalu, saya terfikir mengenai perkara ini. Ramai yang menghantar Direct Message (DM) dan bertanya tiadakah majlis untuk mereka.

“Saya terfikir mampu melakukannya tetapi kenapa tidak buat. Saya mahu mulakan dengan majlis pengenalan kepada Rasulullah SAW.

“Saya akan bagi tarikh dan masa, tinggal datang sahaja. Tidak perlu bayar atau sahkan kehadiran dan sebagainya,” kata Neelofa.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 11 Apr 2021

KKM Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Lebih Awal Sempena Aidilfitri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk melakukan keputusan membenarkan Pergerakan rentas negeri lebih awal sempena Hari Raya Aidilfitri. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat […]

Featured Sat, 28 Sep 2024

Didakwa Halang Fattah Amin Hampiri Fazura? Bodyguard Tampil Bersuara – “Kau Jangan Main Tulis Ikut Sedap Kau”

Tak baik taumain serkap jarang macam ni… main tuduh ikut sedap mulut je!

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Mahu Ubah Selera, Wany Hasrita Selit Elemen Muzik Indonesia Dalam Single Terbaru

Vokal ala kadar? Buah tangan terbaru Wany ini bakal menjawab segala-galanya. Insya Allah…

Featured Thu, 9 Dec 2021

Geng Basikal Wanita Berlakon Jadi Cacat Ingin Masuk Tandas Khas Undang Kemarahan Netizen

Selepas video lelaki berlakon sebagai orang cacat demi mendapatkan ‘parking’ di petak khas golongan orang kelainan upaya (OKU), kini muncul lagi video membabitkan geng wanita berbasikal mempersendakan OKU. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Asyik Bawa Watak Perampas, Syazuwan Hassan Mula Jemu?

Korang rasa watak apa yang sesuai dengan Syazuwan?

Hiburan Tue, 18 Nov 2025
Trending Mon, 24 Jul 2023
Featured Wed, 13 May 2020
error: Content is protected !!