Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 19, 2021 @ 11:42am

“Jumaat Lepas Baru Dapat Tarikh & Lokasi Nikah” – Zizi Kirana Selamat Bergelar Isteri Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, selamat bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin, 29, pada jam 10.40 pagi tadi.

Dalam majlis yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Zizi dan Yusuf dinikahkan oleh Imam masjid terbabit, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

“Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar. Kalau nak tahu, hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.

“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan. Doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.

“Insya-Allah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kata Zizi kepada portal mStar.

Zizi yang pernah menganggotai kumpulan The Fabulos Cat ini menerima mas kahwin bernilai RM300, cincin berlian dan senaskhah al-Quran.

Pasangan ini kelihatan segak dalam busana kombinasi rona hitam dan emas rekaan pereka fesyen popular Shannel Harun dan solekan di wajah Zizi mendapat sentuhan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.

Sumber: mStar, Harian Metro, Instagram @syafeeq1212, @zizi_kirana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Events Sat, 13 Aug 2022

Ahmad Tarmimi Siregar Masih ‘Berbisa’… Bawa Watak Utama Dalam Filem Indonesia ‘Perjalanan Pertama’

Besarnya pengorbanan Gaek Tan untuk Yahya. Min sedih betullll☹☹☹

Trending Fri, 24 Jul 2020
Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Hari Ini’ Gabungan Idea Magis Hael-Ezra

Nak tengok Hael berlakon jadi suami paling sweet?

Hiburan Sat, 24 Dec 2022
Hiburan Sun, 13 May 2018

Tahniah! Mat Dan Dah Jadi Ayah

Menerusi entri tersebut, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.

error: Content is protected !!