Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 17, 2022 @ 7:36pm

Disaran Duduk Rumah Supaya Mudah Hamil, Siti Elizad Terkilan Dengan Netizen Mulut Puaka

Umum mengetahui pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) beberapa kali sebagai ikhtiar untuk hamil cahaya mata pertama namun masih belum dikurniakan rezeki sehingga kini.

Namun begitu, ada individu yang tidak bermoral meninggalkan komen yang agak biadap di ruangan komen Elizad menyatakan pelakon itu tidak dikurniakan anak kerana sering tidak berada di rumah.

“Macam mana nak bunting dan dapat anak kalau tak melekat kat rumah… asyik duduk atas kuda kepang je ni! Baru je nak lekat bergegar terus keluar sama-sama kencing awak!

“Benih awak dan suami tu lemah sangat… cuba duduk rumah diam-diam macam wife aku ni!,” ujar individu itu.

Terkilan dengan kata-kata individu itu, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Shariffudin, 38, menyatakan bahawa dia keluar untuk bekerja dan menikmati apa yang dilakukannya malah tidak meminta sesiapa untuk menyukainya.

Lebih kecewa, Elizad menyatakan bahawa komen individu itu membuka ruang untuk orang ramai mentertawakan dirinya.

“Just to let you know, saya kerja & enjoy denga napa yang saya buat. Tak kacau orang pun. Kalau ada yang suka Alhamdulillah, kalau ada yang tak suka, tiada paksaan pun.

“Saya hanya berkongsi apa yang saya suka di media sosial, tak pernah berlumba dengan sesiapa pun. Komen anda membuka ruang untuk saya di KETAWA kan. Terima kasih ya,” luah Elizad.

Walaupun diperlakukan sebegitu, Elizad tidak bertindak membalas dengan kata-kata negatif malah melihat kepada sisi yang positif.

“Moga yang baik-baik Allah gantikan untuk saya. Walau selalu tersenyum & ketawa, jauh di sudut hati, sedih & kecewa tu pasti ada untuk keluarga saya yang membaca.

“Tapi tak pernah tunjuk pun. Jadi nak mengadu pada siapa? Pada Allah SWT tempatnya. Lah Tahzan.

“P/S: video dengan budak-budak pun orang kata pura-pura. Wallahualam,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Local Artist Evelyn Feroza Wants You to Close Your Eyes and Indulge in Her Latest Song

But you’ll want to keep your eyes open while watching her new music video though…

Trending Thu, 25 Jun 2020
Hiburan Sun, 24 Feb 2019

’Terlalu Banyak Kebetulan Antara Kami’- Nazim Othman Jawab Gosip Bercinta Dengan Fatin Afeefa

Kalau betul pun apa salahnya kan, dua-dua pun tengah single…

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Featured Wed, 18 Jun 2025

“Tak Boleh Cerita Pasal Kipas, Amira Dah Warning Nanti Tak Dapat Invitation”- Hael Husaini

Menerusi video tersbeut, Hael diminta oleh pengikutya untuk berkongsi cerita mengenai ‘kisah cinta’ Fattah & Amira.

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Jom sertai BoBoiBoy sambut hari jadi di MAPS!

Bukan itu saja, pihak pengurusan turut menampilkan penyanyi Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne. Nampaknya, barisan artis yang membuat persembahan bukan biasa-biasa tau! 

Hiburan Sat, 2 Mar 2024
error: Content is protected !!