Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 23, 2018 @ 2:20pm

19 Tahun Berkahwin, Akhirnya Kajol…

Mungkin ramai yang jatuh cinta dengan gandingan pelakon Kajol dan Shah Rukh Khan dalam semua filem yang mereka lakonkan.

Lihat saja bagaimana betapa besar impak pasangan ini sehinggakan ramai yang berharap mereka adalah pasangan suami isteri di dalam dunia realiti.

Sebilangan besar peminat kecewa bila mendapat tahu pelakon kegemaran mereka ini memilih aktor Ajay Devgan sebagai suami. Alahai…jangan keliru, Shah Rukh Khan sudah mendirikan rumah tangga terlebih dahulu.

Baru-baru ini, heroin Kuch Kuch Hota Hai ini mendedahkan rahsia di sebalik perkahwinannya bersama aktor filem Singham 2.

“ Ramai yang menentang hubungan kami termasuklah keluarga sendiri. Ayah saya tidak bercakap dengan saya selama seminggu ketika beritahu ingin berkahwin.

“Saya masih ingat lagi kata-katanya iaitu saya masih muda dan kerjaya sedang berkembang mengapa perlu berkahwin secepat ini,” katanya.

Aktres berusia 44 tahun ini juga mengaku antara sebab mengapa perkahwinan mereka masih harmoni adalah kerana kehadiran dua cahaya mata.

“ Selain itu, kami juga bekerja dalam bidang yang sama. Kami perlu bertanggungjawab dengan anugerah yang diberikan ini dan perlu membesarkan mereka dengan baik,” katanya.

Kajol dan Ajay mendirikan rumah tangga pada 1999 dan dikurniakan dua zuriat yang diberi nama Nysa serta Yug.

Untuk rekod lama, perkahwinan Kajol turut mendapat tentangan dari sahabat Kajol sendiri iaitu Karan Johar. Hal ini mungkin dikaitkan dengan gosip-gosip lama Ajay.– Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Jun 2024

Tular Foto Berbaju Pengantin, Aishah Kahwin Lagi?  

Wah kalau betul tahniah kak Aishah

Featured Mon, 9 May 2022
Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Sweet! Tular Video Andi Arsyil Tersipu Malu ‘Wish’ Birthday Puteri Sarah

Merah merah muka Andi Arsyil wish birthday Puteri Sarah ya

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Klinik Bantu Buat Rawatan Gigi, Zahnita Wilson Menangis Kegembiraan

Zahnita Wilson menangis buat treatment gigi

error: Content is protected !!