Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops March 6, 2018 @ 3:43pm

Anda Ingat “Bearded Lady” Dalam Filem The Greatest Showman Hanya Fiksyen? Ini Bukti Wanita Berjanggut Memang Wujud!

Anda dah tengok film The Greatest Showman lakonan Hugh Jackman? Kalau dah, ingat tak watak penyanyi wanita yang berjambang tu?

Fuhh, vokal dia memang power. Tapi mesti korang ingat watak “wanita berjanggut” tu hanya rekaan semata-mata, kan? Yelah, orang perempuan mana boleh tumbuh janggut atau misai!

Sebenarnya, memang ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan golongan wanita untuk tumbuh rambut berlebihan di muka atau di badan.

Sindrom Ovarium Polisistik atau polycystic ovary syndrome (PCOS) terjadi apabila hormon seseorang wanita itu tak seimbang (terdapat lebih banyak hormon lelaki dan insulin di dalam badan).

Dalam anggaran, 5% ke 10% wanita di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Salah seorangnya ialah vlogger kecantikan dari Amerika yang bernama Nova Galaxia, 26.

Dia dilahirkan sebagai perempuan, tapi pada umur 12 tahun, badan dan mukanya mula tumbuh facial dan body hair yang berlebihan.

Dan sejak itu dia tak henti-henti bercukur, terutamanya setiap hari sebelum pergi ke sekolah.

Dia pernah mengaku yang dia panik ketika kawan-kawannya mendapat tahu tentang rahsia gelapnya. Malangnya, dia tak boleh lari dari segala ejekan yang mereka lemparkan.

“Seorang budak lelaki di dalam kelas saya menuding jarinya ke muka saya dan berkata jambang saya lebih bagus daripada jambang yang mungkin dia ada pada masa akan datang,” kata Nova kepada Metro UK. Kesiannya!

https://www.facebook.com/fuzzyfemme/

Bila dia mencecah umur 16, barulah Nova disahkan menghidap penyakit PCOS. Tapi dia sentiasa risau jika orang luar akan menganggapnya aneh apabila dia biarkan janggut dan misainya tumbuh panjang.

Mujurlah hidup Nova mula berubah setelah dia menemui teman wanitanya Ash pada tahun 2012. Dia mula menerima “kelemahan” dirinya dan pada bulan November tahun lepas, Nova mengambil keputusan untuk membiarkan janggut dan misainya tumbuh macam biasa.

https://www.facebook.com/fuzzyfemme/

“Saya berbuat demikian kerana saya ingin lepaskan perasaan benci saya terhadap diri sendiri yang telah saya pendam selama hampir 15 tahun,” katanya kepada Insider.

Selain tu, Nova juga kerap bersuara tentang penyakit PCOS ni, dengan harapan agar sesiapa yang mengalami masalah yang sama, atau merasakan mereka tak “normal”, akan terus bersikap positif sepertinya.

https://www.facebook.com/fuzzyfemme/

“Saya nak mereka fikir yang sebenarnya there’s nothing wrong with them. Senang je nak rasa confident tapi mereka sendiri kena pastikan jika mereka sudah bersedia atau tak.”

“Kalau ada yang rasa saya buat semua ni untuk dapatkan perhatian, suka hati merekalah. Saya cuma ingin sampaikan mesej supaya orang lain akan lebih menyayangi diri mereka dan sebarang kekurangan yang mereka ada.

“Dengan jambang saya yang hipster ni, saya sememangnya jauh lebih bahagia daripada sebelum ni. Saya ada seorang teman hidup yang menyayangi saya kerana diri saya dan bukan kerana rupa.

“Pada masa yang sama, dia bangga dengan janggut saya ni dan akan terus menyokong perjuangan saya.”

Sumber: Nova Galaxia, Insider, Metro.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Mar 2020
Gaya Hidup Fri, 28 Dec 2018

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah, First Lady paling dikagumi dan disayangi rakyat!

Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru […]

familuv Wed, 4 Jan 2023

Simpan Ikan Dalam Bekas Ais Krim Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zara Zya & Ibu

Pelakon terkenal, Zara Zya berkongsi momen kelakar bersama ibu tercintanya ketika berada di rumah. @zarazyaofficial Kenapa lah ye… #ZaraZyaOfficial ♬ Ku Bahagia – Melly Goeslaw Menerusi hantaran yang dibuat oleh Zara di laman TikTok, dia […]

Gaya Hidup Wed, 20 Feb 2019

Kajian terkini dapati hubungan cinta boleh lindungi anda daripada dijangkiti demam selesema

Orang yang dilamun cinta didapati mempunyai sistem imuniti lebih kuat

Gaya Hidup Sat, 11 Jan 2020
Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Tips Menabung Bagi Anda Yang Nak Pergi Travel Banyak Negara!

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk travel  ke setiap negara yang mereka suka.

Featured Sun, 3 May 2020

PKPB: Majikan perlu beri ruang kepada pekerja untuk mulakan tugas

Ikut jadual pergerakan yang disediakan PDRM

Featured Fri, 1 May 2020

Malala, Greta guna kuasa wanita tuntut hak

Saling menyokong antara satu sama lain

error: Content is protected !!