Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 4, 2018 @ 10:53am

BERMULA DENGAN SEMBAHYANG, KEMUDIAN BERHIJAB OKAY? – AMEERA KHAN

Selepas kakaknya meraih beberapa anugerah sepanjang tahun 2017, nama Neelofa sudah menjadi antara yang berpengaruh di Malaysia. Dan, setiap gerak-geri mereka sekeluarga sudah menjadi tumpuan umum khasnya peminat-peminat serta netizen di Malaysia.

Sebelum ini, dunia hiburan sudah beberapa kali disajikan dengan kontroversi yang melanda disebabkan adik kepada Model, pelakon dan pengacara ini iaitu Ameera Khan. Walaupun, namanya tidak se-gah kakak nya itu, namun Ameera masih tetap menjadi tumpuan lensa kamera setiap kali menghadiri beberapa acara yang melibatkan Neelofa. 

Bermula dari sekadar perkongsian dengan memuat naik gambar sejadah dan telekung, Ameera telah menerima beberapa komen balas dari netizen yang secara langsung menimbulkan kemarahan Ameera di laman Twitter nya itu.

Dalam entri Ameera itu, dia telah menjelaskan bahawa dakwaan yang dilemparkan kepadanya melalui komen-komen balas tersebut dianggap sebagai tidak berasas.

“Adalah lebih baik sekiranya saya bermula dengan sembahyang dan kemudian berhijab. Apa guna bertudung kalau tak solat? Tapi buat masa terdekat, saya tidak merancang untuk berhijab lagi,” jelasnya.

Namun, pendapat Ameera itu mendapat sokongan rata-rata followers nya walaupun terdapat segelintir diantara mereka masih  mempertikaikan tindakannya itu. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Feb 2026
Featured Mon, 10 Oct 2022
Featured Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Fri, 12 Aug 2022
Hiburan Wed, 18 Mar 2026
Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Sun, 5 Dec 2021

“Harap Tak Terkucil” – 3 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36, Haqiem Rusli Bakal Buat Terbaik… Risau Dengan Kesihatan

Penyanyi popular, Haqiem Rusli gembira apabila tiga lagunya, Mimpi, Adlina Marie dan Lara berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36. Menurut Haqiem, dia akan memberikan persembahan terbaik biarpun harus membahagikan fokus terhadap dua […]

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Fri, 27 Mar 2026
error: Content is protected !!