Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 12, 2022 @ 6:32pm

Bakal Lahirkan Anak Lelaki, Raja U Nama Baby Uyaina Arshad & Raja Syahiran

Pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran bakal menimang cahaya mata lelaki.

Uyaina dan Syahiran berkongsi berita gembira terbabit di majlis pengumuman jantina anak mereka di Janda Baik, Pahang sebentar tadi.

“Alhamdulillah, kami bakal menerima kehadiran anak lelaki. Saya kini sedang menunggu hari untuk bersalin. Pada mulanya, saya dijangka melahirkan anak pada awal September tapi doktor katakan mungkin pada bila-bila masa sahaja saya boleh bersalin.

“Saya memohon doa orang ramai agar proses melahirkan cahaya mata sulung berjalan lancar dan dikurniakan anak soleh yang baik,” kata Uyaina.

Mengulas mengenai nama anak, Syahiran mendedahkan mereka masih belum memutuskan nama penuh yang mahu diberikan kepada cahaya mata mereka.

“Nama penuh anak belum kami muktamadkan lagi. Kami berdua sudah ada beberapa pilihan nama yang mempunyai maksud indah tetapi kami masih belum dapat memilih yang terbaik.

“Insya-Allah, permulaan nama itu akan bermula dengan Raja dan kemudian nama kedua akan dimulakan dengan huruf U,” kata Syahiran.

Uyaina dan Syahiran melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini, pada 20 Disember 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2026

Daiyan Trisha Anggap Individu Bandingkan Kecantikan Muka & Tangan Sebagai Kelakar – “Itu Anggota Yang Paling Saya Suka Tentang Diri Saya” 

Daiyan Trisha, menyifatkan tindakan segelintir individu yang membandingkan kecantikan wajah dan tangannya sebagai sesuatu yang melucukan.

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

‘Dulu Saya Marah Bila Dia Muat Naik…Tapi Sekarang…’ Ifan Mohon Netizen Kongsi Gambar Arwah Isteri

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Dylan Sahara. Semoga Ifan terus kuat dalam mengharungi ujian hebat ini. Semangat terus!

Featured Fri, 22 Jul 2022
Featured Sat, 28 Jun 2025

Imran Aqil Sedih Anak Sulung Dijangkiti Covid-19

Imran pada mulanya berpendapat anaknya itu hanya mengalami bronkitis.

Trending Thu, 4 Oct 2018

充手机就会启动!日本超狂「魔法阵充电器」

手机无线充电正夯,只需将手机放在充电板上即可快速充电!而日本6秒商店就突发奇想,将充电板制成魔法阵的样式,无线充电的同时,魔法阵也跟着启动,令网友跪求。

Featured Wed, 6 Jul 2022

[VIDEO] “Sepatutnya Saya Ganyang Dia!” – Puteri Sarah Dedah Kisah Sebenar ‘Permainan’ Ira Kaza, Harap Kes Masuk Bawah Isu Jenayah

Betul juga kan? Teruk mental Puteri Sarah diganggu. Terus maju kehadapan. Ramai yang menyokong awak dari belakang. Min doakan semuanya dipermudahkan, Never Look Back!

error: Content is protected !!