Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2026 @ 1:14pm

Daiyan Trisha Anggap Individu Bandingkan Kecantikan Muka & Tangan Sebagai Kelakar – “Itu Anggota Yang Paling Saya Suka Tentang Diri Saya” 

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, menyifatkan tindakan segelintir individu yang membandingkan kecantikan wajah dan tangannya sebagai sesuatu yang melucukan.

Menurut Daiyan, dia ada terbaca komen netizen yang menyatakan wajahnya kelihatan awet muda, namun berbeza pula dengan keadaan tangannya yang tidak boleh ‘disorok’.

“Ada komen yang kata,’muka boleh la nampak awet muda, tangan tak boleh hide’.

“Lucu, saya selalu fikir tangan saya adalah salah satu perkara yang paling saya suka tentang diri saya … kerana ia mengingatkan saya pada ibu saya sendiri,” katanya.

Berkongsi lanjut, Daiyan mengimbau kenangan sewaktu dia masih kecil terutama ketika melihat ibunya yang tekun menulis dan menguruskan keluarga, sekali gus membuatkan dia lebih menghargai setiap perubahan pada tangannya kini.

“Semasa saya masih kecil, saya akan melihat jarinya ‘menari’ di atas mesin taip menulis novelnya dan tangannya ‘melayang’ di sekitar dapur untuk memasak untuk kami.

“Jari yang nipis dan halus, dengan urat-urat kecil itu menjadikan setiap sentuhan seharian penuh makna. Saya selalu terfikir, betapa cantiknya,” jelasnya.

Tambah Daiyan, dia tidak pernah berasa perlu untuk menyembunyikan keadaan tangannya, malah menganggap perubahan itu sebagai sesuatu yang indah dan penuh nilai sentimental.

“Saya tidak sabar untuk mempunyai jari dan tangan seperti itu, ia terbentuk daripada segala perkara yang saya lakukan dan kasih sayang yang saya berikan.

“Jadi tidak, saya tidak cuba menyembunyikan tangan saya yang cantik, berurat dan kurus. Ia adalah satu keseronokan dalam hidup saya apabila tangan saya perlahan-lahan menjadi seperti tangan ibu saya,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tersentuh dengan pandangan positif Daiyan terhadap kecantikan dan apresiasi terhadap ibunya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Dec 2021

Jadi Gangster Kampung, MK K-Clique Akui Serius Dalam Dunia Lakonan

Penyanyi rap MK K-Clique mengakui dia serius dalam dunia lakonan. Buat masa ini, bidang lakonan adalah sumber rezeki yang hadir dalam kerjayanya dan dia menghargai segala peluang yang diberikan. Baru sahaja beraksi di hadapan kamera, […]

Featured Fri, 31 Mar 2023
Trending Mon, 25 Jan 2021
Events Mon, 4 Nov 2019

Isu Karpet Merah #ASK2019, Kini Jasmin Hamid Pula Terkilan

Semoga anugerah selepas ini berjalan dengan lancar!

Featured Mon, 15 Jan 2024
Trending Fri, 4 Jan 2019

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Penerbangan Ke Koh Samui Dibatalkan, Semua Jalan Ditutup Sepenuhnya, Taufan Pabuk Hampiri Thailand

Featured Thu, 19 Jan 2023
error: Content is protected !!