Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana March 30, 2023 @ 5:55pm

Selepas 7 Tahun Tanpa Single Bahasa Melayu, Yuna Kembali dengan Menanti

Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai menyifatkan penghasilan Menanti sebagai kebetulan apabila mendapat peluang menggubahnya selepas sudah lama tidak menghasilkan lagu dalam bahasa Melayu.

Karya ciptaan sendiri bersama penyanyi rap antarabangsa, penggubah lagu dan penerbit muzik, Kenny J Macartney dan diterbitkan oleh Yuna Music.

Single Menanti adalah sebuah lagu cinta yang menceritakan tentang kerinduan mendalam terhadap seseorang yang jauh, seseorang yang telah pergi tetapi masih lagi terpatri di hati.

“Apabila menulis lirik lagu ini, saya terkenangkan Allahyarhamah sepupu saya, Amy, dia juga merupakan teman baik saya, hidup saya seakan hancur apabila mengetahui bahawa dirinya kini sudah pergi buat selamanya,” katanya.

Yuna berkata, dia tidak mahu terburu-buru menghasilkan album baharu, sebaliknya memilih fokus terhadap single dan EP (Extended Play) yang bakal dilancarkan pada April ini.

“Selepas berakhirnya pandemik, dalam bulan Ogos pada tahun 2021, saya dan suami pulang ke Los Angeles setelah lebih kurang 18 bulan berada di Malaysia.

“Kami pergi ke sebuah tempat bernama Joshua Tree untuk menulis beberapa buah lagu dan salah satunya adalah Menanti. Ketika itu, Menanti masih belum dihasilkan sepenuhnya dan hanya melodinya sahaja,” ujarnya lagi.

Lagu Menanti boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Hebat! Leftenan Zana Terima 25.5 Juta Penonton

Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Trending Mon, 8 Oct 2018

When to Use Hot Pack and Cold Pack on Injuries

There are some extra tips too!

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Thu, 29 May 2025

“Senyum Pada Yang Baik, Jeling Pada Yang Jahat” – Nur Fazura

Fazura kongsi tips cara kekal positif meski dilanda ujian

error: Content is protected !!