Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 20, 2019 @ 5:02pm

Hebat! Leftenan Zana Terima 25.5 Juta Penonton

Siapa sangka percubaan berani JS Pictures Sdn Bhd mengusulkan sebuah jalan cerita berkisarkan ketenteraan mendapat sambutan hangat para peminat drama tempatan. Ini terbukiti apabila drama Leftenan Zana, lakonan Janna Nick berjaya meraih 11. 5 juta penonton, jumlah rating terkumpul sepanjang 16 episod sejak mula bersiaran 8 Februari lalu! Episod akhir pada 15 Mac lalu juga mencecah 4 juta tontonan!.

Lebih membanggakan lagi, jumlah terkumpul tontonan di laman Youtube @TV3Malaysia dan Drama Sangat Official juga mencecah 14 juta tontonan menjadikan secara keseluruhannya 25.5 juta mengikuti perjalanan Zana mengejar impiannya untuk menjadi anggota Angkatan Tentera Malaysia. (sumber Nielsen Audience Measurement).

Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri turut berterima kasih kepada para penonton atas sokongan diberikan. 

” Walaupun ada mengatakan gimik pergaduhan di antara penerbit dan pelakon membantu menaikkan lagi jumlah tontonan drama ini tetapi jika jalan ceritanya tidak bagus, lakonan para pelakonnya tidak mantap tidak mungkin drama ini mendapat 22.5 juta tontonan secara keseluruhannya.

” Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton. Terima kasih atas penerimaan yang sangat baik bagi genre drama sebegini dan kami akan berusaha untuk membawakan lagi pelbagai variasi drama menarik untuk anda di masa hadapan dan kekal sebagai stesen televisyen nombor 1 negara”. katanya. 

Pujian buat kesemua barisan pelakon utamanya iaitu Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman,  Sue Sophie, Nazrief Nazri, Zarul Husin, Aprena Manrose, Izzat Mushtaq, Ameerul Asyraf, Idzham Ismail, Annie Mosha, Ena Pakwan, Amalina Arham, pasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dan seluruh warga kerja yang telah membantu menjayakan Leftenan Zana. Terima kasih!

Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai drama terbaharu dan menarik di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 1 Jan 2019

Cara Pasang Poni ala iPhone X di Semua Android

Mari kita cuba pasang poni ala iPhone X

Featured Fri, 17 Jan 2025
Featured Mon, 9 Dec 2024
Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Sat, 3 Jan 2026

Dr. Fie Dah Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Barangan Kemas & Duit Hilang Dari Rumah Didiami Bersama Anak-Anak

Dr. Fie membuat laporan polis di Balai Polis Paroi, Seremban berhubung dakwaan barangan peribadinya dikeluarkan dari kediaman yang didiami bersama tiga orang anak mereka

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Didakwa Buat Hidung, Ini Respons Diana Danielle – “Saya Ada Insecurities Dengan Diri…”

‘Saya tak rasa saya perlu explain atau justify’ – Diana Danielle. Hmmm Dee dah cantik sangat pun insecure jugaa 😭

Featured Mon, 7 Mar 2022
error: Content is protected !!