Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 9, 2024 @ 2:14pm

Michael Ang ‘Respect’ Zahnita Wilson, Minta Selebriti Ikut Cara Tak Sebar Aib Suami Di Media Sosial – “Dia Tak Sakau Semua Benda Orang Campak Kat Dia”

“Saya sangat respek dan tabik hormat pada dia”.

Demikian respons yang diberikan pengarah dan pelakon, Michael Ang berkenaan isu yang menimpa aktres dan bekas model, Zahnita Wilson.

Kata Michael, tindakan Zahnita atau nama penuhnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, yang dilihat tidak menyebarkan atau membuka aib suami dimedia sosial wajar dijadikan ikutan para selebriti dan pempengaruh di luar sana.

Selain tidak tamak untuk menerima tawaran yang diberikan susulan isu keganasan rumah tangganya, Zahnita juga kelihatan fokus dengan kehendaknya iaitu melakukan yang terbaik untuk anak-anak dan perniagaan yang kini dijalankannya.

“Tengok daripada TikTok punya video, saya sangat respek dan tabik hormat dekat Zahnita. Walaupun tengah viral gila dia tak sakau semua benda orang campak dekat dia.

“Dari cara dia kita tahu penyiksaan yang dia lalui. Tak ada motif langsung untuk buat marketing ke apa… She being herself and doing what best for herself  dan anak-anak.

“Jadi, pada influencer dan artis-artis di luar sana, belajar lah dari Zahnita. Anda perasan tak, satu aib laki dia pun tak buka walaupun dia mangsa! Say sangat respek dia,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Michael Ang menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Story miliknya.

Insert ss

Terdahulu, Zahnita menerusi satu temu bual yang tular di TikTok memaklumkan, dia terpaksa menolak tawaran untuk menjadi ‘wajah’ sebuah syarikat pakaian terkemuka di Malaysia.

Sekaligus menolak bayaran yang bakal diterimanya bernilai RM150,000.

ARTIKEL BERKAITAN:Michael Ang Tempelak Pasangan Pempengaruh ‘Gaduh’ Di Media Sosial – “Apa Punya B*doh Manusia, Macam Budak-Budak”

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Kutuk Si Pendek Tu Jadi Old Money… Dia Tak Ada Modal, Saja Nak Viral” – Michael Ang

ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Pula Jantan Yang Meroyan Dekat Sosial Media” – Michael Ang & Sharnaaz Ahmad Tegur Pempengaruh ‘Londeh’ Aib Isteri Depan Anak-Anak 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Neelofa Jawab Isu Kelab Malam

Tindakan Lofa yang katanya ingin mengikut tema itu nyata mengundang kontroversi pelbagai pihak sehingga ada yang melabel beliau sebagai biadap kerana menyentuh sensitiviti masyarakat

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

Featured Wed, 14 Jun 2023
FESYEN Thu, 7 Nov 2019

Adele Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Posh Spice?

Nak tahu berita lanjut, klik artikel ini!

Hiburan Sun, 25 Nov 2018
Hiburan Thu, 7 Jun 2018
Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Syukur…Isteri Mula Bertudung’- Nabil Ahmad

Nabil Ahmad meminta orang ramai untuk tidak menghakimi niat baik wanita yang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Hiburan Wed, 21 May 2025

Home of Ejen Ali! Kool 101 Jadi Hab Rasmi Ejen Ali The Movie 2

Kool 101 diumumkan sebagai Home of Ejen Ali yang menjadi hab rasmi bagi segala aktiviti promosi filem EATM2.

error: Content is protected !!