Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2025 @ 11:18am

Figura Ikonik Sheila Majid Tampil Konsert Penuh Makna ‘Sheila Majid 40 Years In Music’ November Ini!

Penyanyi dengan jolokan Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya, ‘Sheila Majid 40 Years In Music’  pada 8 November depan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Katanya, lokasi ini dipilih bukan sahaja kerana kapasitinya yang lebih besar, tetapi menganggap ini adalah lokasi terbaik untuk mengadakan konsert solonya sekaligus mahu meraikan peminat-peminatnya.

“Sejak 40 tahun yang lalu bila saya membuat membuat persembahan,  Axiata belum wujud lagi. Jadi saya rasa sempena tahun ke 40 saya dalam industri kenapa tidak saya mengadakan konsert di sana.

“Saya bukannya seorang yang selalu mengadakan konsert. Setahu saya kalau saya mengadakan konsert ia akan menjadi peristiwa penting untuk meraikan peminat,  bukan sekadar buat konsert untuk mengisi jadual.

“Kali terakhir saya menganjurkan konsert ialah pada tahun 2023 di PWTC. ketika itu saya berjanji kepada peminat untuk sama-sama meraikan ulang tahun ke-40 dalam industri di lokasi yang lebih besar.

“Kini saya juga ada peminat dalam kalangan generasi Z, dan pastinya mereka juga teruja untuk kkonsert ini jadi kita memilih untuk melakukannay di lokasi lebih besar dan itu sebabnya kenapa kami memilih Axiata,” katanya.

 

Mengulas lanjut, pelantun lagu Sinaran ini menjelaskan, ‘Sheila Majid 40 Years In Music’ bakal menyajikan susunan muzik yang berbeza termasuklah lagu-lagu repertoir nya.

“Yang pastinya peminat akan mendengarkan lagu-lagu saya dalam arrangement muzik yang berbeza.

“Saya mahu menyanyikan lagu yang jarang saya bawakan. Memang sedikit tertekan terutama bila menyusun lagu-lagu repertoir saya. Tapi peminat mahukan lagu yang sama, lagu-lagu hits seperti Sinaran. Tapi, pastinya ia akan menjadi sesuatu yang menarik,” jelasnya.

Sekadar info,  kali terakhir Sheila mengadakan konsert berskala besara dalah pada 2023 menerusi konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @altus_prohouse

 

Konsert ‘Sheila Majid 40 Years In Music’ ini dianjurkan oleh Altus Prohouse dan TopGallants selaku penganjur bersama.

Tiket konsert akan mula dijual pada 17 Julai 2025 di www.ticket2u.com.my .

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Apr 2022
Featured Thu, 5 Jun 2025

“Bila Allah Hantar Ujian, Allah Hadirkan Sekali Kekuatan” – Abby Abadi

Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila ketiga-tiga anaknya semakin menginjak dewasa.

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Wow! King Coco Buat Hal Pegang Anjing

Menerusi muat naik dilaman instagram King Coco, beliau kelihatannya mengusap seekor anjing sambil menulis caption dengan bait-bait lagu yang dipetik daripada lagu terbaru Joe Flizzow, Sampai Jadi.

Trending Tue, 4 Dec 2018

Tiga Maut Akibat Letupan Di Kompleks City One Megamall

Restoran berkenaan akan dibuka secara rasmi esok dan hari ini pekerja restoran berkenaan serta pekerja kontrak sedang sibuk membuat persiapan akhir.

Featured Sat, 6 Sep 2025

Individu Didakwa Sebarkan Kebencian, Marissa Dania Ambil Tindakan Undang-Undang?

Marissa ambil tindakan tegas terhadap individu tinggal komen jelik.

error: Content is protected !!