Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 7, 2022 @ 7:09pm

Kes Jenaka R*g*l Dalam Kelas, 75 Ahli Parlimen Desak Peguam Negara Tarik Balik Pembelaan, Mohon Institusi Pendidikan Lebih Tegas

Susulan kes jenaka rogol yang tular sejak tahun lalu membabitkan seorang guru, hari ini seramai 75 orang ahli parlimen pembangkang mendesak agar Peguam Negara menarik balik pembelaan terhadap guru tersebut bersama bekas pengetua sekolah terbabit dalam saman balas yang difailkan pelajar yang dikenali sebagai, Ain Husniza dan ayahnya, Saiful Nizam Ab Wahab.

Ini kerana, keputusan yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara yang mengarahkan seorang Peguam Kanan Persekutuan sebagai peguam bela untuk melindungi defendan (guru dan bekas pengetua) disifatkan sebagai amat memeranjatkan.

Malah, tindakan campur tangan ini dianggap tidak seharusnya berlaku kerana menganggap Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) haruslah bersikap berkecuali.

“Fokus kerajaan seharusnya diletak pada usaha menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah-sekolah di seluruh negara. 

“Oleh itu, pelantikan seorang Peguam Kanan Persekutuan dalam tindakan sivil persendirian yang dimulakan oleh guru terlibat hanya akan memburukkan keadaan dan akan memberi persepsi yang negatif terhadap kerajaan dan KPM sendiri,” katanya.

 

Dalam kenyataan bersama ahli parlimen yang diwakili oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Seremban), Mohamad Sabu (Ahli Parlimen Kota Raja), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ahli Parlimen Muar), serta Datuk Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang), kes yang berlaku terhadap Ain ini mampu mencetuskan lebih banyak kebimbangan dan kegentaran dalam kalangan ibu bapa serta pelajar-pelajar sekolah.

Terdahulu, isu jenaka rogol ini mendapat respon dari pelbagai pihak sehingga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad iaitu Marina Mahathir mengucapkan tahniah kepada Ain kerana berani tampil bersuara mengenai isu terbabit.

Malah, tindakan berani Ain ini sekaligus melayakkan beliau dijemput ke persidangan Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa (UNICEF) untuk bercakap mengenai keganasan terhadap kanak-kanak.

Untuk rekod, pada 24 April 2021 pelajar berusia 17 tahun ini mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah video di platform Tiktok miliknya sehingga mendapat perhatian pihak antarabangsa.

 

Sumber: Twitter, Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

Impian Miliki Kereta Mewah Idaman Tercapai, Kak KM Pernah Tangguh Hasrat Gara-Gara…

Sanggup Kak KM ketepikan dulu impian dia.. Alhamdulillah tercapai dah yang dihajatkan.

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Fri, 25 May 2018

Usia 60 Tahun Bukan Penghalang, Amy Search Dapat Anak Lagi?

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah mengumumkan berita gembira melalui laman instagram miliknya apabila isterinya @qasander mengandung lagi.

Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 […]

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Fellow Labelmate, Eunhyuk Of Super Junior Speaks Out About Red Velvet Wendy’s Tragedy

Being an idol, this might be their own and only way to voice out their opinion.

Hiburan Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!