Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 6:15pm

Dendam Jadi Legasi, Cinta Jadi Duri! Saksikan ‘Anak-Anak Mafia’ Di Tonton Mulai 12 Jun!

Bila dendam diwarisi, cinta jadi taruhan, dan pengkhianatan pula menjadi ujian paling getir! Bersiap sedia untuk menyelami sisi gelap dunia jenayah Kota Raya menerusi drama bersiri penuh debar, Anak-Anak Mafia yang bakal menggegarkan platform penstriman Tonton bermula 12 Jun 2025!

Menampilkan lakonan penuh emosi dan aksi dari pelakon berbakat Mierul Aiman, siri ini membawa penonton mengikuti kisah Andra, pemuda dari Thailand yang menyusup masuk ke dalam geng mafia paling digeruni Serigala Merah demi membalas dendam atas kematian tragis ibu bapanya.

Di sebalik misinya, Andra diuji dengan konflik emosi apabila terjebak dalam hubungan terlarang bersama Katrina (lakonan Scha Elinnea), kekasih kepada ketua geng, Ice (dilakonkan oleh Fitri Farok) yang merupakan anak kepada Arie Wijaya, lelaki yang dipercayai menjadi dalang tragedi 24 tahun lalu.

Disutradarai oleh Shuhaimi Zulkefli, siri 10 episod ini sarat dengan aksi mendebarkan, kisah cinta berliku dan rahsia silam yang terungkai satu demi satu. Setiap babak menjanjikan kejutan, memperlihatkan bahawa dalam dunia gelap ini, tiada siapa yang boleh dipercayai – hatta hati sendiri!

Barisan pelakon lain turut menguatkan lagi jalan cerita seperti Fariz Isqandar sebagai Black, bekas banduan juvana yang kini mengendalikan kelab malam dan sindiket pemerdagangan manusia, serta Zhen Ning sebagai Rudy, penggodam genius yang menyembunyikan luka lama akibat trauma masa silam.

Anak-Anak Mafia bukan sekadar kisah balas dendam, tetapi juga menggali makna kepercayaan, pengorbanan dan kuasa yang boleh meruntuhkan segalanya – termasuk perasaan sendiri.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah penuh konflik ini secara eksklusif di Tonton, bermula 12 Jun 2025!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 May 2024

Tampalan Kulit Bernilai RM30,000 Bantu Pulih Kesan Lecur Faisal Halim

Semoga dipermudahkan buat FH. Ramai yang mendoakan ya!

Trending Mon, 29 Oct 2018

12星座「鬼怪特质」扮什么最符合气质?

外表看似正常人,内心却深藏着小鬼怪,10月份的重头戏莫过于万圣节!

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Hak Milik Pasaraya Jadi Persoalan, Rosyam Nor Buat Sidang Media Hari Ini

Sama-sama kita nantikan penjelasan usahawan berusia 52 tahun ini…

Featured Mon, 16 Jun 2025

“Fokus Saya Bukan Dalam Industri Lagi, Fokus Saya Untuk Dapatkan Zuriat” – Janna Nick

Janna Nick mengakui dia kini tidak lagi memberikan fokus kepada karier seninya melainkan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Trending Fri, 21 Aug 2020

Kluster Baharu Di Sarawak, 4 Positif Covid-19

sentiasa berwaspada dan jangan lalai

Featured Tue, 4 May 2021

Pembayaran BPR Fasa Kedua Bermula 7 Mei Ini, Cara Semak BPR

Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua yang memperuntukkan belanjawan sebanyak 2.75 bilion bakal dilaksanakan pada 7 Mei ini. Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul bantuan ini akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah , […]

Featured Wed, 13 Apr 2022
error: Content is protected !!