Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 16, 2025 @ 12:11pm

“Fokus Saya Bukan Dalam Industri Lagi, Fokus Saya Untuk Dapatkan Zuriat” – Janna Nick

Penyanyi dan pengacara popular, Janna Nick mengakui dia kini tidak lagi memberikan fokus kepada karier seninya melainkan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Kata Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner, 30, dia secara terbuka memaklumkan mengenai perkara ini kepada khalayak kerana tidak mahu orang membuat spekulasi memandangkan dia juga tidak mahu ‘terasa hati’ dengan pertanyaan melibatkan isu zuriat.

“Sekarang ni kalau orang tengok saya macam jarang sangat keluar mana-mana televisyen, memang tak ada kerana fokus saya bukan lagi dalam industri. Fokus saya adalah untuk nak dapatkan zuriat, Insya-Allah.

“Saya memang terbuka maklumkan kepada semua orang, saya tengah trying to conceive (TTC).

“Supaya orang ada kesedaran jangan tanya yang saya memang tengah mencuba. Sebab kalau kita tak bagitahu dan bila orang tanya, kita sendiri yang akan terasa,” katanya.

Perkara itu dikongsi Janna menerusi program Hello Doktor TV3, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @helodoktortv3

Sebelum ini, Janna dan suami yang juga pelakon Dini Schatzmann gagal menahan sebak selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya meminta agar orang ramai tidak bertanyakan soal zuriat terhadapnya selain tidak memberi komen jelik terhadap suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN:Reda Soal Zuriat, Janna Nick Bawa Diri – “Ada Duit RM100,000 Pun Kalau Allah Kata Belum, Tak Dapat Juga”

ARTIKEL BERKAITAN:Janna Nick Kesal Dini Didakwa Ada Lebih Hormon Wanita, Jadi Punca Belum Dikurniakan Zuriat

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Jadi Lebih Positif, Tindakan Janna Nick Lawat Sahabat Baru Bersalin Menyentuh Hati – “Sebaknya! Moga Ada Rezeki Nanti”

ARTIKEL BERKAITAN:Mas Idayu Perjelas Dakwaan Tak Sensitif Isu Rawatan IVF Janna Nick – “Netizen Tak Patut Sentuh Perkara Itu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Selamat Bersalin, Izreen Azminda & Ude Dapat Baby Boy Lagi

Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya mata ketiganya semalam. Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Izreen memaklumkan dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 9.06 pagi semalam. “Syukur […]

Hiburan Tue, 31 Oct 2023

Peguam Syamsul Yusof Beri Respons Dakwaan Perceraian Dengan Ira Kazar

Peguam yang pernah mewakili kes perceraian Syamsul Yusof beri penjelasan…

Trending Sun, 3 Feb 2019
Hiburan Wed, 27 Nov 2019
LIFESTYLE Tue, 14 Aug 2018

Bahan ‘Magik’ Dalam Produk Kosmetik Mungkin Racun Tanpa Sedar

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

#LaguXTRA Thu, 8 Jun 2023

#LaguXTRA: K-Pop, English Rock & Hip-Hop, Insomniacks Minat Genre Lagu Berbeza?

Korang kena dengar jugak tau! Semua lagu favorite lagu dorang memang best

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

SAYANGNYA KAMI BUKAN KEKASIH – SYAMEL

Menurut Syamel, panggilan sayang itu hanya sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud. Malah, bagi Syamel dia dan Erni hanyalah kawan baik sahaja

error: Content is protected !!