Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 3, 2024 @ 4:47pm

Michael Ang Tempelak Pasangan Pempengaruh ‘Gaduh’ Di Media Sosial – “Apa Punya B*doh Manusia, Macam Budak-Budak”

Pelakon dan pengarah Michael Ang menegur tindakan pasangan pempengaruh yang bertindak berbalah di media sosial.

Kata Michael, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pasangan terbabit memandangkan kedua-duanya menjadi perhatian masyarakat.

Malah, sebagai seorang yang berpengaruh, Michael menyifatkan tindakan tersebut seakan budak kecil.

“Apa punya b*doh manusia bergaduh macam budak-budak pergi je lah court selesaikan.

“Aib ya gambar sebelum renovate satu badan dan muka disebarkan. Tak baik, tak baik,” tulisnya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, rata-rata warganet seolah-olah dapat meneka siapakah gerangan pempengaruh yang dimaksudkan Michael.

Sebelum ini,  usahawan dan pempengaruh yang dikenali sebagai Cik Epal telah menggesa bekas suaminya, Jofliam menjual kereta mewah miliknya sekaligus mahu hasil jualan tersebut dibahagikan secara sama rata.

Sedar dengan ‘tuntutan’ tersebut, Jofliam tampil membalas kenyataan tersebut dengan memaklumkan dia mahu bekas isterinya itu mengembalikan semula hidung ‘palsu’ miliknya sekaligus menimbulkan rasa berang wanita itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

[VIDEO] Luah Rasa Kecewa, Ellie Suriaty Dakwa Hilang Tawaran Kerja Gara-Gara Kontroversi Difitnah Imran Bard

Ellie mengaku tertekan susulan kontroversi dikaitkan dengan video Imran Bard

familuv Fri, 3 Apr 2020
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Sun, 9 Jan 2022

Dikatakan Bawa Aura Negatif Dalam Pengacaraan, Ini Komen Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara jelita Uyaina Arshad tampil menjawab komen negatif dari seorang warganet yang mengatakan cara pengacaraannya di dalam program Wanita Hari Ini (WHI) membawa aura negatif kepada penonton. Menurut Uyaina, dia seorang yang jarang […]

error: Content is protected !!