Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 3, 2026 @ 12:53pm

Dr. Fie Dah Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Barangan Kemas & Duit Hilang Dari Rumah Didiami Bersama Anak-Anak

Bekas isteri kepada penyanyi Ahmad Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, tampil membuat laporan di Balai Polis Paroi, Seremban pada Khamis berhubung dakwaan barangan peribadinya dikeluarkan dari kediaman yang didiami bersama tiga orang anak mereka.

Memetik laporan Berita Harian, Perkara itu disahkan peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir, yang memaklumkan laporan tersebut turut melibatkan dakwaan kehilangan wang tunai serta barangan kemas.

Menurut Akberdin, pihaknya kini menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis sebelum sebarang langkah seterusnya diambil.

“Laporan polis sudah dibuat dan buat masa ini kita menunggu siasatan lanjut. Terdapat dakwaan kehilangan wang tunai dan barangan kemas, namun polis perlu merakam kenyataan terlebih dahulu sebelum menjalankan siasatan terperinci.

“Buat masa ini, kami tidak mahu membuat sebarang rumusan. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan sepenuhnya berdasarkan laporan yang telah dibuat.

“Segala butiran termasuk cara barangan diambil serta dakwaan kerosakan akibat pengambilan yang tidak betul telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Akberdin memaklumkan pihaknya juga bersedia untuk mengambil tindakan sivil selepas anak guamnya selesai membuat semakan terhadap keadaan dan jumlah barangan yang masih ada atau hilang.

“Tindakan sivil akan dipertimbangkan selepas Dr Afifah menyemak semula barangan yang terlibat dan memberi arahan lanjut kepada kami,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan tuntutan harta sepencarian antara kedua-dua pihak telah difailkan di mahkamah dan kini melalui proses perundangan.

“Kami tidak mahu mencetuskan sebarang ketegangan. Apa yang perlu dibuat, kita lakukan mengikut saluran yang betul. Kes harta sepencarian sudah difailkan dan akan diputuskan oleh mahkamah,” katanya lagi.

Isu berkenaan mula mencetuskan perhatian apabila Dr Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie mendakwa barangan di rumah yang didiami bersama anak-anaknya telah dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

Untuk rekod, Nubhan, 39, dan Dr Afifah sah bercerai pada 2 Disember lalu selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga sejak 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Artikel Berkaitan: Isu Buang Barang Peribadi Tanpa Izin, Peguam Sahkan Dr. Fie Bakal Lapor Polis & Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Artikel Berkaitan: Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Jul 2022

Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Nasi sudah jadi bubur 🥲 Moga semua yang terjadi ini dapat beri peringatan kepada semua di luar sana 😊

Drama Fri, 24 Oct 2025

Adam Lee Tersentak Bertemu ‘Ayah’ Di Sarang Pelacuran Dalam ‘Bintang Di Langit Syawal’

‘Bintang Di Langit Syawal’ sebuah karya penuh emosi yang mengangkat tema kasih sayang, konflik keluarga dan pencarian identiti diri.

Trending Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Thu, 14 Dec 2017

SAYA BUKAN NAK SOROK ISTERI – ABAM BOCEY

Bukan sorok, tapi itu lebih selesa untuk menjaga

Trending Mon, 27 May 2024

‘Cardiac Arrest’ Punca Kematian, Ibu Nabil Zamanhuri Reda

Semoga Nabil ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

Trending Sun, 3 Jun 2018

Gadis Kelahiran Ampang Pecah Rekod Sertai Miss Universe New Zealand

Gadis kelahiran Ampang dan dibesarkan di New Zealand, Nurul Shamsul berjaya menempatkan diri di pentas akhir Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand. Good Luck Nurul!

Hiburan Sun, 3 Aug 2025
error: Content is protected !!