Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 3, 2025 @ 4:24pm

Umum Hamil Selepas 6 Bulan, Puteri Khareeza Mahu Berhati-Hati Selepas Alami Keguguran Hujung Tahun Lalu

Pelakon dan penyanyi, Puteri Khareeza, 26, berkongsi khabar gembira apabila kini sedang hamil enam bulan.

Puteri nama penuhnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif memaklumkan kesihatannya sepanjang kehamilan berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang alahan yang teruk.

“Alhamdulillah, saya tidak berdepan dengan ‘morning sickness’ sejak trimester pertama. Tiada muntah-muntah.

”Saya dapat tahu mengandung sebab lambat datang bulan dan buat ujian kehamilan,” katanya.

Puteri ditemui XTRA dalam sidang media malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 yang berlangsung di Bangsar pada malam Khamis.

Tambah Puteri, dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilan tersebut, tetapi memilih untuk lebih berhati-hati berikutan pengalaman keguguran yang pernah dialami hujung tahun lalu.

“Saya keguguran Disember tahun lalu. Ketika itu, usia kandungan tujuh minggu. Sebab itulah kali ini, saya tak mahu beritahu lebih awal.

”Sekarang pula memang tidak boleh dirahsiakan kerana perut makin membesar dan sudah rasa mengah. Ramai beritahu sudah nampak ‘baby bump’, jadi, saya beritahu sahajalah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Khareeza turut mengakui sudah mengetahui jantina bayi namun memilih untuk tidak mendedahkannya buat masa ini.

Untuk rekod, Puteri dan suaminya, Mohd Shukor Khamaruddin, telah melangsungkan perkahwinan pada 24 Februari 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 May 2019

小玉劝大家放下心中的「鬼」!舞台剧有望跨州演出

小玉参演舞台剧演出了心得,劝大家要放下内心「心魔」,迎向新的人生。

Kes Mahkamah Mon, 11 Mar 2024
Trending Wed, 27 Mar 2024

Pesan Tanpa Was-Was Dengan bekal by foodpanda, JAKIM Sahkan Halal!

Dalam diam, rupa-rupanya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tertanya-tanya tentang servis bekal by foodpanda. Banyak betul persoalan yang diutarakan tentang status bekal by foodpanda antaranya; bekal by foodpanda tu, halal tak? Semua restoran […]

Featured Mon, 27 Apr 2026

Didi Astillah Kemalangan, Alami kecederaan Dikepala

Didi dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dibahagian kepala akibat terjatuh dari tangga.

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

‘Bercakap Pun Dah Mengah’- Adira Berdebar Tunggu Masa!

Saya juga mudah terlelap, kadang kala sedang berhenti di lampu isyarat pun sempat tertidur.

error: Content is protected !!