Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 2, 2022 @ 10:39am

Johnny Depp Menang Kes Saman Fitnah RM65.7 Juta – “Juri Beri Kehidupan Saya Semula…”

Pelakon Johnny Depp akhirnya menang kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard selepas enam minggu perbicaraan.

Juri yang bersidang di Mahkamah Circuit Fairfax Country memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65.7 juta) hari ini.

Memetik laporan NBC News, Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif.

Namun, juri juga membuat keputusan Heard dibayar pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta) menerusi perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu.

Menurut agensi, barisan juri mula memperhalusi dan membahaskan keterangan dikemukakan saksi kes saman Depp terhadap Heard sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post dengan tuntutan ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Sementara itu, Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman atas dakwaan Depp menyebabkan dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ serta menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta).

Namun, Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Menerusi perkongsian di Instagram, Depp turut meraikan kejayaan memenangi kes saman malu itu dengan memuat naik sebuah kenyataan tentang perkara yang dilaluinya.

“Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, juga mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya, berubah sama sekali.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tuduhan jenayah yang palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ini mencetuskan kebencian ramai yang berterusan biarpun tiada dakwaan dibuat ke atas saya.

“Perkara ini memberi impak terhadap kehidupan dan karier saya. Enam tahun kemudian, juri beri kehidupan saya semula… Saya sangat rendah diri,” katanya yang tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang peminat sepanjang perbicaraan berlangsung.

Pelakon yang pernah memegang watak sebagai Jack Sparrow itu berharap usaha yang dilakukan bagi memulihkan maruahnya membantu insan lain yang mungkin berdepan situasi sama.

Depp turut berterima kasih kepada hakim, juri, kakitangan mahkamah dan semua pihak lain termasuk barisan peguam yang menjalankan tugas yang terbaik untuk membantunya menegakkan kebenaran.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Apr 2020
Featured Sun, 7 Oct 2018

Walaupun Sakit Menyerang Bertubi-Tubi, Pesakit-Pesakit Kanser Ini Tekad Teruskan Hidup

Ketahui dugaan yang menimpa dan apa tindakan mereka untuk bangkit.

Hiburan Sun, 26 Jan 2025

Terima Mas Kahwin 300 Dollar Brunei, Anis Al Idrus Selamat Bernikah

Tahniah Anis Al Idrus, selamat pengantin baru!

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Tahniah Black! Akhirnya Dayyan Dah Dapat Adik

Selamat berpantang buat Cira!

Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Fri, 28 Dec 2018
Trending Tue, 29 Jun 2021
Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Digelar ‘New Adele’, Sienna Spiro Pukau Perhatian Dunia Dengan Lagu ‘Die On This Hill’

Sienna Spiro mendapat perhatian sebagai antara nama baharu paling menyerlah dalam arena muzik antarabangsa

error: Content is protected !!