Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 26, 2024 @ 5:17pm

“Masa Dah Tak Ada Ibu, Semua Benda Boleh…” – Anak-Anak Shuib Kongsi Persamaan Watie Dengan Arwah Siti Sarah

Isteri kepada usahawan dan pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi persamaan yang disamakan oleh anak-anak tirinya dengan ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah.

Menerusi hantaran di TikTok @cubremi, anak-anak Shuib terutama Ariq Matin gemar memeluknya kerana ia mengingatkannya kepada arwah ibu mereka.

“Persamaan mungkin dari segi.. pernah anak-anak cakap bila bab peluk. Daddy dia pernah tanya Matin kenapa suka peluk dan tidur dengan mummy (Watie), dia cakap sebab bila peluk mummy rasa macam Matin peluk ibu (arwah Siti Sarah),” ujarnya.

Selain itu, anak-anak Shuib juga menyamakan cara arwah Siti Sarah dan Watie dalam mengawal pemakanan mereka.

“Satu lagi, anak-anak ada beritahu ‘Mummy, kitaorang masa ada ibu sama macam tengah ada Mummy sebab tak boleh minum air gas dan banyak benda kena control’.

“Masa dah tak ada ibu, semua benda boleh makan, mee segera boleh, air gas boleh. Tapi, bila dah ada Mummy dah kembali macam masa ada ibu, kena control. Air gas tak boleh, jajan tak boleh sangat, kat rumah tak boleh minum air manis sangat, mee segera tak boleh.

“Mummy akan bagi sebulan sekali je. Jadi itulah persamaan yang pernah disamakan dengan anak-anak.

@cubremiTerubat rindu anak-anak dekat arwah ibu

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Dec 2023
Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Zara Zya Akui ‘Malas’ Nak Berkenalan Dengan Orang – “Ada Orang Nak Jodohkan, Tapi…”

Zara Zya akui malas nak berkenalan, lebih selesa jaga hati sendiri

Featured Mon, 13 May 2024

“Saya Menyanyi Kerana Bakat Yang Allah Bagi” – Siti Nurhaliza Tak Letak Had Umur ‘Berhenti’ Menyanyi

Apapun keputusannya… Semoga yang baik-baik buat TokTi kesayangan ramai❤️❤️❤️

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Redha Tapi Rindu…Ali Puteh Tidak Mahu Anak Menderita

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Fri, 22 Nov 2024

Pemain Gitar Kumpulan Spider Meninggal Dunia

Pemain gitar kumpulan Spider, Hanafi Hamdan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat.

Events Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Bertemu Penerbit & Jadi Tetamu Program Popular, Meerqeen Intai Peluang Kembang Kerjaya Di Indonesia

Meerqeen sempat bertemu beberapa orang penerbit dan wakil rumah produksi bagi membincangkan potensi kerjasama di Indonesia.

error: Content is protected !!