Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 27, 2024 @ 10:19am

‘Cardiac Arrest’ Punca Kematian, Ibu Nabil Zamanhuri Reda

Ibu kepada penyanyi, Allahyarham Nabil Zamanhuri, Fatimah Abdullah memaklumkan pemergian anaknya itu berpunca dari serangan jantung atau ‘cardiac arrest’.

Sebelum ini, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Nabil pada pagi Ahad, semalam.

“Hasil post-moterm mungkin sebab dia ada kerja stress sikit-sikit. Lepastu cara makanlah macam kerja produksi ni kadang-kadang tak sempat makan ke, makan benda yang tak patut macam fast food ke. Itu penyumbang kepada gaya hidup.

“Benda tu kalau dia tahu awal, dia perlu buat pemeriksaan tapi dia tak sempat. Dia dah ada plan nak pergi buat pemeriksaan kesihatan tapi tak sempat. Dia macam ‘cardiac arrest’,” katanya.

Terdahulu, ibu Nabil turut memaklumkan dia sempat berhubung dengan penyanyi itu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Menurut Fatimah, dia mengalami kekejangan dan sudah kedengaran nazak ketika berbual bersama selepas subuh, semalam.

Artikel Berkaitan: “Ketika Bercakap Saya Dengar Suara Dia Seolah Sudah Nazak” – Ibu Nabil Zamanhuri Dedah Anak Alami Kekejangan Sebelum Tunai Solat Subuh

Artikel Berkaitan: Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Fatimah bagaimana pun menyatakan dia reda dengan pemergian anaknya.

“Takpalah, itu sampai masa dia nak pergi. Tak kiralah kalau orang tu panjang umur orang buat macam mana pun, dia masih hidup.

“Dah sampai masa untuk dia pergi. Kita pun menunggu giliran kita sahaja. Saya reda,” jelasnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Mon, 16 Feb 2026
Featured Mon, 22 Jun 2026

Dihentam Ombak Kuat, Space Dollah Hampir M*ti Lemas Di Bali – “Ketika Itu Saya Mengucap Banyak-Banyak”

Space Dollah mendedahkan detik cemas apabila dia hampir kehilangan nyawanya.

Trending Mon, 11 Jan 2021
Featured Fri, 23 Dec 2022
Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

Azlan bertegas dia hargai pengorbanan Nur Nilam yang menjaganya selepas terbabit kemalangan

error: Content is protected !!