Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 26, 2024 @ 4:22pm

“Ketika Bercakap Saya Dengar Suara Dia Seolah Sudah Nazak” – Ibu Nabil Zamanhuri Dedah Anak Alami Kekejangan Sebelum Tunai Solat Subuh

Pemergian penyanyi dan bekas pengacara, Nabil Zamanhuri pada pagi Ahad ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah industri hiburan tanah air.

Kehilangan ini bukan sahaja memberi kesan yang mendalam terhadap rakan-rakan artis, malah ahli keluarga Allahyarham sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Berkongsi mengenai pemergian arwah, ibu kepada Nabil iaitu Fatimah Abdullah memaklumkan, anaknya itu mula menunjukkan tanda kurang sihat ketika bangun untuk mengerjakan solat subuh.

Katanya memetik laporan Buletin TV3, Nabil mengalami kekejangan ketika sedang menunggu isterinya, Adelia Citra Hapsari selesai mengambil wuduk sebelum isterinya itu memaklumkan keadaan anaknya semakin buruk.

“Sewaktu Nabil hendak solat subuh, isteri maklumkan keadaannya sudah mula nampak tidak baik dan mengalami kekejangan. Jadi, Adelia terus hubungi saya.

“Ketika sedang bercakap, saya ada dengar suara Nabil yang seolah-olah sudah nazak. Kemudiannya, kami terus hubungi ambulans dan arwah dibawa ke hospital dalam masa 30 minit kemudian.

“Kalau diikutkan arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, jam 9.15 pagi tadi, namun keadaannya sudah mula merosot sejak di rumah,” ulasnya.

Fatimah berkata demikian ketika ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik, Hospital Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai punca kematian, Fatimah berkata, dia bersama ahli keluarga lain masih menanti keputusan daripada unit forensik.

Tambahnya, sebelum ini arwah pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak beberapa bulan lalu, namun tidak pasti mengenai punca sebenar di sebalik sakit anaknya itu.

“Sebelum ini, arwah ada mengadu sakit sikit-sikit termasuk di bahagian perut sejak dua atau tiga bulan lalu. Tapi, perkara itu datang pada masa tertentu sahaja. Jadi, sekarang kami tengah tunggu ‘post-mortem’ daripada unit forensik.

“Kalau diikutkan, arwah memang sihat dan tidak ada masalah kesihatan yang kritikal. Arwah juga selalu aktif terutama ketika bekerja. Kadang-kadang sampai lewat malam, jadi dia pun selalu lambat tidur,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Zamanhuri (@nabilzamanhuri)

 

Ketika ditanya adakah arwah menunjukkan tanda-tanda termasuklah dari  segi perubahan sikap, Fatimah menjelaskan, dia dimaklumkan oleh rakan arwah bahawa anaknya itu kelihatan sedikit pendiam.

“Kawan-kawan cakap, arwah banyak berdiam. Tapi, saya tak nampak apa-apa sebab arwah masih berborak dengan saya.

“Tapi, saya pernah terdetik bagaimana kalau Nabil sudah tiada nanti. Saya berfikir apa akan jadi dan siapa akan jaga anak-anak yang masih kecil.

“Saya tak tahu kenapa boleh terfikir sebegitu, macam tiba-tiba sahaja ia datang,” jelasnya.

Terdahulu, Allahyarham Nabil yang juga naib juara program realiti, Mentor musim pertama dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang pada pagi Ahad.

 

Sumber: Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022

Pernah Lalui Pengalaman Pahit Dengan BBNU, Naim Daniel Tak Menyesal ‘Lamar’ Dolla – “Mereka Lain, Sangat Profesional”

Mereka sangat natural. Kalau mereka kena jadi buruk, diorang akan jadi buruk – Naim Daniel

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Trending Tue, 31 Dec 2019
Trending Sun, 27 Oct 2019

Terpaksa Di Bedah Kos Cecah 17k – Mungkin Jangkitan Masa Cukur Bulu Ketiak!

Ingatkan Jerawat Biasa, Ketiak Lelaki Ini Terpaksa Dibedah, Kos Cecah RM17K

Featured Fri, 18 Apr 2025

Zarina Anjoulie & Keluarga Terima Ugutan B*nuh?

Anju juga mendedahkan nama si pelaku terbabit.

error: Content is protected !!