Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 10, 2023 @ 9:23pm

Isu Ditengking Di Khalayak Ramai, Nadia Brian Bakal Saman Individu Malukan Dirinya? – “This Is Too Much! Tak Ada Adab”

Pelakon Nadia Brian tampil menjelaskan situasi sebenar insiden seorang peniaga pakaian yang menengkingnya di hadapan orang awam ketika menjayakan sebuah karnival, baru-baru ini.

Nadia mengaku berasa sedih dan terkilan dengan tindakan individu tersebut semata-mata hanya membuat konten dengan cara yang memalukan dirinya.

“Video yang dimuat naik itu menjadi viral dan ramai sangat orang tonton. Saya menyifatkan tindakan dia sangat memalukan dengan mengaibkan saya. Saya terkilan dan sedih sebab ada orang sebegitu yang sanggup guna pelbagai cara untuk meraih perhatian melalui sosial media.

“Kita ini hidup bermasyarakat, jangan lah guna orang lain untuk kepentingan sendiri. Sensitiviti orang lain perlu juga dijaga. Bila dia buat begitu this is too much.

“Macam mana tinggi pun pangkat atau famous mana pun diri, adab perlu ada. Sedih sangat, bayangkan kalau orang yang berada di tempat saya itu ada sakit jantung, macam mana?,” luahnya.

Tambah pelakon drama Suri Hati ini, dia menyifatkan individu tersebut sangat tidak beradab malah mempersoalkan tujuan sebenar tindakan tersebut.

“Of course lah (tiada adab), ibaratnya masuk rumah orang tidak beri salam. Adab sangat simple, wang ringgit tidak boleh membeli adab dan kepandaian seseorang. Tinggi mana pun tetap tunduk pada bumi.

“Saya boleh je kalau nak lawan dia waktu itu, tapi sebab saya tengok dia lebih berumur daripada saya.

“Ibu ayah saya sentiasa ajar untuk menghormati orang tua biarpun kerja tukang sapu. Untuk apa di buat macam tu? Untuk marketing dia ke?,” katanya kepada XTRA.

Biarpun individu tersebut telah tampil membuat permohonan maaf dan kesal dengan tindakannya, Nadia tetap memilih jalan untuk mempertahankan dirinya.

“Saya ada juga maklumkan pada peguam saya, tetapi sekarang ini dia di luar negara. Minggu depan baru balik Malaysia. Dia tanya saya pasal video viral itu. Apa pun ia masih dalam proses kerana saya tidak mahu pun buat tindakan sampai saman menyaman, cumanya harap menjadi pengajaran.

“Saya minta pihak dia untuk buat permohonan maaf dengan sebut nama saya dengan betul, sebab sebelum ini dia ada buat permohonan maaf tetapi bukan sebut nama saya, dia sebut Nadia Brahim,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial insiden seorang individu yang dikenali sebagai Madam Mariyah menengking Nadia Brian di khalayak ramai ketika berlangsungnya sebuah karniva di Johor, minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Akan Ambil Tindakan!” – Nadia Brian Bengang Peniaga Tengking & Rekod Video Tanpa Persetujuan Demi Content

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

坚守岗位12年!Jym庄靖毅告别电台往梦想出发

Jym庄靖毅在电台值班长达12年后,决定踏出自己的舒适圈,宣布即将告别DJ生涯,将于10月25日进行最后一次当班。

Featured Mon, 31 May 2021

Moratorium 3 Bulan Untuk Golongan B40 Bermula Jun – Perdana Menteri

Menerusi perutusan khas Pengumuman Bantuan PKP 3.0, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh moratorium untuk golongan B40 akan dilanjutkan selama tiga bulan. Tambah beliau lagi, mereka yang terjejas juga boleh memilih untuk mendapatkan […]

Featured Sat, 12 Jul 2025
Featured Wed, 6 Sep 2023

“Terima Kasih Kerana Awak Dah Timbulkan Satu Lagi Masalah” – Ciapan Mimi Lana Tuju Pada Siapa?

Hmm siapa yang buat Mimi Lana ni? 🤬 Min harap segala urusan Mimi akan dipermudahkan ❤️‍🔥

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

《大三元》白色情人节全马上映!张轩睿被Ella撩到脸红红

《大三元》314白色情人节全马上映!首当电影男主角的张轩睿,戏里戏外都被Ella撩到脸红红~

error: Content is protected !!