Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 15, 2023 @ 2:00am

Cantiknya Nama! Berat 2.94 Kilogram, Jamal Abdillah Selamat Timang Baby Girl, Rahil Laura Salsabila Yamani

Penyanyi pop lagenda, Datuk Jamal Abdillah akhirnya selamat menimang cahaya mata keenam iaitu seorang  bayi perempuan.

Bayi seberat 2.94 kilogram itu selamat dilahirkan pada jam 2 petang tadi sekaligus mendedahkan nama pilihannya iaitu, Rahil Laura Salsabila Yamani dimana Salsabila bermaksud air mata syurga.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Kini kedua-duanya baik isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Menurutnya,  kehadiran anak perempuannya itu akhirnya melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28.

“Dengan kelahiran anak keempat ini, sudah lengkap keluarga kami dengan empat pasang anak lelaki dan perempuan. Doktor juga menasihatkan isteri supaya tidak mengandung lagi kerana semua empat anak kami dilahirkan secara pembedahan (czer) sebelum ini.

““Alhamdulillah, dah empat orang anak cukup lah. Itu sahaja buat saya bersyukur sangat,” jelasnya.

Terdahulu, Jamal mencuri perhatian apabila meminta peminat dan pengikutnya mencadangkan nama untuk anak perempuannya.

Namun, enggan mendedahkan terlebih dahulu nama tersebut dan meminta peminat untuk sabar menunggu sehingga bayi tersebut selamat dilahirkan.

“Memang tidak dapat dinafikan, banyak juga nama yang dicadangkan peminat kepada saya menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagram. Tapi, Alhamdulillah saya dapat juga mencari sendiri nama sesuai dan mempunyai makna yang baik untuk anak.

“Nama yang dipilih itu saya rahsiakan dulu. Saya akan umumkan selepas bayi lahir nanti, baru ‘best’ (sedap) nak cakap. Tambah pula, bayi dah ada depan mata,” ujarnya.

Untuk rekod, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup,  mereka dikurniakan dengan tiga anak iaitu, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal turut memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

 

Sumber: Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Apr 2020
Featured Sat, 14 Feb 2026

Netizen Dakwa Lakonan ‘Kayu’ Meski Terima Banyak Tawaran, Fasha Sanda ‘Backup’ Sharifah Rose – “Dia Punctual & Rajin”

Pelakon versatile, Fasha Sandha tampil mempertahankan pelakon baharu yang juga seorang pempengaruh popular, Sharifah Rose.

Hiburan Wed, 1 Apr 2026
Hiburan Wed, 17 Jan 2018

曾志伟回应性侵传闻:尊重女性是我坚持的原则

近来卷入港星蓝洁瑛性侵疑云,还被韩颖华爆料“不只一次性侵女艺人”的曾志伟,他今午(17日)4时30分在儿子曾国祥和律师的陪同下,于香港酒店召开记者会,否认该传闻,表示那是一个非常严重的指控,并将采取法律行动。

Featured Thu, 3 Jun 2021

M40, T20 Layak Terima Bantuan Moratorium

Bantuan moratorium akan diberikan kepada mana-mana individu yang mengalami pengurangan pendapatan dan hilang punca pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelayakan […]

Featured Wed, 4 Jan 2023

AJL 37: Gementar Jadi Finalis Paling Muda, Iman Troye Akui Tercabar – “Dulu Saya Duduk Atas Sekali Di Kerusi Penonton, Sekarang Saya Tercalon”

Kejayaan yang amat membanggakan, baru dua tahun dalam industri dah layak masuk AJL 🥰 Tahniah Iman Troye 🤩

error: Content is protected !!