Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 1, 2019 @ 12:58pm

Siapa ‘Seth’ Di Hati Shila Amzah?

Tatkala rakyat menyambut Hari Kemerdekaan semalam, penyanyi bersuara lunak Shila Amzah telah ‘menyambut’ orang baru dalam hidupnya iaitu seorang bayi lelaki seberat 2.88 kilogram malam tadi. Bayi yang dinamakan Seth Uwais Bin Haris Idraki telah dilahirkan pada jam 11.43 malam secara pembedahan kecemasan (emergency c-section) di Pusat Pakar UKM, Kuala Lumpur.

 

Assalammualaikum Seth Uwais! -dari laman instagram @shahilaamzah

 

Shila Amzah yang telah mendirikan rumahtangga dengan Haris Idraki pada 19 April tahun lalu,  telah memperkenalkan bayi pertama hasil perkahwinan mereka, di laman instagramnya tengah hari tadi dan telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan mengucapkan tahniah kepada mereka atas kelahiran anak sulung mereka. 

“Syukur Alhamdullillah, Sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram), jam 11.43, secara emergency c-section, seberat 2.88kg. Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua… Terima kasih banyak,” ujarnya.

 

”Alhamdullillah syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki.. Memperkenalkan Seth Uwais bin Haris Idraki. Sekarang Sha dinasihatkan berehat oleh doktor setelah 55 jam 43 minit Sha berada dalam labour..Doakan sha cepat sihat ya?” pintanya lagi.

 

Keluarga bahagia Dato Amir Amzah bin Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala sebelum menimang cucu. – dari laman instagram @mamazie68

Shila berkongsi gambar suaminya, Haris Idraki dan anak mereka, Seth Uwais di instagram story miliknya

 

Kami dari Xtra ingin mengucapkan tahniah kepada Shila dan suami, dengan kehadiran penyeri rumahtangga selepas setahun berkahwin dan semoga Seth Uwais membesar sebagai anak yang soleh dan diberkati Allah swt. Amin. Selamat berpantang! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Aug 2024
Events Fri, 7 Dec 2018
Featured Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Sat, 1 Jan 2022

“Memang Dapat Inspirasi Daripada Katil” – Busana Serba Putih SFMM36 Dikritik, Ini Penjelasan Pereka Fesyen Aina Abdul

Pereka fesyen Masyadi Mansoor yang menghasilkan busana penyanyi Aina Abdul di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) mengakui dirinya mendapat inspirasi daripada katil. Seperti biasa, baju yang digayakan Aina ketika membawakan lagu Sepi mendapat pelbagai […]

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Kisah Hidup Awie Bakal Dibukukan?

Mesti ramai berminat nak tahu pahit getir Awie sebelum menjadi Rock Royalty!

error: Content is protected !!