Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 3, 2019 @ 6:58pm

Kisah Hidup Awie Bakal Dibukukan?

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dan pelakon terkenal negara Datuk Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Bin Othman? Mereka yang mengenalinya pasti tahu kisah hidupnya yang penuh liku sebagai anak seni. Awie pernah berhasrat untuk membukukan kisah hidupnya di dalam satu buku yang akan menceritakan pahit manis segala kenangan dan pengalamannya sebagai seorang penyanyi, pelakon dan hos tetapi impiannya terkandas di tengah jalan beberapa tahun lalu apabila syarikat yang berminat untuk menerbitkan buku tentang pengalaman hidupnya itu ditutup.

 

Ketika sidang media Konsert Awie Romantika 2020 yang dijadualkan akan berlangsung pada 15 Februari tahun depan, Awie mengatakan bahawa dia masih berharap supaya buku itu dapat diterbitkan satu hari nanti jika ada penulis yang sanggup bekerjasama dengan beliau kerana banyak lagi kisah pahit manis yang belum dikongsikan dengan umum. 

 

“Semuanya akan saya ceritakan, namun ia hanya berkaitan diri sendiri. Saya tidak akan membuka aib individu lain yang pernah ada dalam hidup dan kerjaya saya.

“Ia bukan biografi, sebaliknya lebih kepada penceritaan berbentuk fakta berdasarkan perjalanan hidup saya sebagai anak seni dan insan biasa,” katanya dalam sidang media tersebut.

 

Baguslah kalau begitu. Banyak sebenarnya benda yang boleh dikongsikan tanpa membuka aib mana-mana pihak. Kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita juga, tak gitu?  Kami berharap impian Datuk Awie akan jadi kenyataan satu hari nanti sebab sudah pasti ramai yang ingin membaca kisah perjalanan hidup Awie bagaimana beliau boleh menjadi salah seorang penyanyi popular negara  sehingga beliau dilabelkan sebagai ‘Raja Rock Malaysia’.

 

Awie yang juga merupakan penyanyi utama kumpulan Wings yang telah ditubuhkan sejak 1985 pernah mengundurkan diri untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebagai penyanyi solo selepas album kelima Wings, Bazooka Panaka sekitar 1993.  Beliau juga dikenali sebagai pelakon bagi ‘franchise’ filem Sembilu arahan Dato Yusuf Haslam dan Hantu Kak Limah yang diarahkan oleh Mamat Khalid.

Awie dan anak-anaknya hasil
Perkahwinan pertamanya dengan Arni Nazira dan perkahwinan keduanya dengan Rozana Misbun

Awie yang pernah berkahwin sebanyak tiga kali kini bahagia dengan perkahwinannya yang ketiga bersama Sharifah Ladyana Syed Samsuddin dan akan menyambut ulang tahun ketiga perkahwinannya bulan hadapan.   

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jun 2020
Events Wed, 22 May 2019

本地全新烹饪竞赛真人秀《Raja Sawit》!两大名厨加盟任导师

TV3首度推出全新烹饪竞赛真人秀《Raja Sawit》,并邀请两位「明星厨师」Datuk Chef Wan和Martin甄文达担任节目导师兼主持人,两大名厨难得同台较劲,势必引来外界高度期待!

Events Wed, 13 Nov 2019

Mesti Ramai Yang Familiar Korus Lagu Ni Kan? Jom Kita Dengar Versi Acapella Pula!

Amacam, best tak lagu versi acapella dari protege-protege kita ni?

Featured Wed, 7 May 2025

Tahniah! Pilih Nama Yusra, Imran Aqil & Dahlia Rizal Selamat Timang Baby Girl

Bayi seberat 2.85 kilogram dilahirkan secara czer.

Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Sah Milik Aidil Aziz, Selamat Pengantin Baru!

Semoga kalian berbahagia sehingga hujung nyawa, Amin…

error: Content is protected !!