Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 6:15pm

Kolaborasi Emosi Ernie Zakri & Anggi Marito Terbit Dalam ‘Kisah Penuh Kecewa’

Dua bintang vokal luar biasa dari Malaysia dan Indonesia, Ernie Zakri dan Anggi Marito, tampil dalam sebuah kolaborasi penuh emosi menerusi single terbaharu mereka berjudul. “Kisah Penuh Kecewa”.

Dicipta oleh Clara Riva, Ernie Zakri, Anggi Marito, dan S/EEK, lagu ini merupakan sebuah ‘power ballad’ yang menyelami luka akibat cinta yang tidak kesampaian.

Namun, ia bukan sekadar ratapan kecewa sebaliknya membawa mesej ketabahan dan kekuatan jiwa dalam menghadapi realiti perpisahan.

Kata Ernie yang juga pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39),  lagu ini menceritakan kisah cinta yang berakhir bukan kerana tiada rasa, tetapi kerana salah seorang pasangan sudah memilih untuk tidak bersama lagi.

Namun begitu, di sebalik kekecewaan tersebut, wujud kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.

“Lagu ‘Kisah Penuh Kecewa’ ini adalah sebuah lagu yang sedih, mengenai cinta yang tidak menjadi kenyataan kerana pasangan sudah tidak mahu meneruskan hubungan. Tapi di
penghujungnya, lagu ini membawa kekuatan yang mana lelaki atau wanita itu tetap tabah untuk menghadapi segala cabaran,” katanya.

Proses rakaman lagu ini turut memberikan pengalaman yang bermakna buat Ernie apabila dia perlu merantau ke Jakarta untuk sesi rakaman bersama Anggi dan pasukan produksi di sana.

“Rakaman berjalan dengan baik, tidak banyak cabaran. Cuma ketika itu kita sudah memasuki bulan Ramadan, jadi agak mencabar juga bila tak boleh minum air ketika rakaman.

“Kalau sakit tekak pun kena tahan. Tapi selain itu, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” jelasnya.

Meskipun  berbeza latar negara, kolaborasi antara dia dan Anggi membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan.

Malah, gabungan suara unik dan emosi yang tulus menjadikan “Kisah Penuh Kecewa” sebuah lagu balada yang bukan sahaja menyentuh hati, malah memberikan ruang untuk pendengar merasai sendiri perjalanan perpisahan yang pedih, namun penuh kekuatan.

“Lagu ini sangat ‘straightforward’ dari segi liriknya. Saya rasa ramai pendengar akan mudah faham dan boleh kaitkan dengan mesej lagu ini. Saya cuma harap mereka dapat menikmati lagu ini, dan kalau pernah melalui pengalaman sama, mungkin lagu ini boleh jadi peneman,” tambahnya.

Bagi Anggi Marito pula, berkolaborasi dengan Ernie Zakri adalah satu penghormatan yang amat besar buat dirinya.

Sebagai peminat Ernie, Anggi menyifatkan penyanyi lagu Aura itu sebagai seorang yang bukan sahaja mempunyai vokal hebat, tetapi juga mampu menyampaikan rasa dengan begitu
menyentuh.

“Saya sudah lama mengenali nama Ernie dan mengagumi suaranya yang begitu indah. Dia punya ‘power’ dan ‘feel’ yang sangat dalam.

“Setiap lagu yang dia nyanyikan terasa langsung ke hati. Saya rasa sangat terhormat dapat bekerja sama dengannya,” ujar Anggi dengan penuh teruja.

Justeru, sebagai pelengkap kepada kolaborasi istimewa ini, Anggi Marito akan membuat penampilan istimewa dalam konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert pada 31 Mei 2025 di The Theatre at Mediacorp, Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 23 Jul 2018

Sweet! Ustaz Kazim Elias Jadi ‘Orang Tengah’ Kami…

Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.

Hiburan Thu, 31 May 2018

Mana Ada Gaduh, Hubungan Kami Okay

Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak tahu pun Janna ada bercakap mengenai perkara itu. Saya tak tahu sama ada perlu terasa atau tidak. Saya rasa tidak, kerana hubungan kami okay sahaja…

Hiburan Sun, 18 May 2025
Hiburan Mon, 18 May 2026

Lakar Sejarah Tersendiri, Yazmin Aziz Terus Cipta Nama Di Peringkat Antarabangsa

Yazmin Aziz melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama membuat persembahan di platform terkenal antarabangsa, Wish 107.5 Wish Bus.

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Jom sertai BoBoiBoy sambut hari jadi di MAPS!

Bukan itu saja, pihak pengurusan turut menampilkan penyanyi Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne. Nampaknya, barisan artis yang membuat persembahan bukan biasa-biasa tau! 

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

“Saran Wanita Kawal Marah”

Berita pembunuhan kejam seorang wanita dan anaknya telah menjadi topik bualan hebat di media sosial beberapa hari ini. Insiden itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang melemparkan hadiah ulang tahun yang telah diberikan oleh keluarga […]

Trending Mon, 14 Jun 2021
Hiburan Thu, 30 Oct 2025
error: Content is protected !!