Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul June 3, 2020 @ 3:06pm

Sesi Persekolahan Bakal Dibuka Semula, Keutamaan Diberikan Kepada Pelajar…..

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan bahawa pembukaan sekolah akan dibenarkan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Beliau juga telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Husain, Semenyih, Selangor bersama Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin semalam untuk berbincang tentang persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Lawatan ini seolah-olah menguatkan lagi desas desus sesi persekolahan mungkin akan dibuka selepas tempoh PKPB tamat pada 9 Jun nanti.

“Langkah pencegahan jangkitan Covid-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.

“Garis panduan yang disediakan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hasil kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain,” katanya.

Tarikh buka sekolah akan dimaklumkan dua minggu awal

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan semula sekolah akan diberitahu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula. Hal ini bergantung kepada nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan situasi semasa Covid-19 di negara kita.

“Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.

“KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.

“Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang adalah aset berharga negara,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: The Asian Parents Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Jun 2022

Syamsul Yusof Bakal Berkahwin Lagi? Ini Respons Puteri Sarah Liyana – “Hati Saya Tenang Sekembali Mengerjakan Umrah, Tapi Soal Tu Saya…”

Sayu pula min dengar luahan hati Puteri Sarah 😭🥲 Apapun, min doakan semoga mahligai cinta bersama Syamsul dilindungi ❤️

Featured Fri, 6 Mar 2020
Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Featured Thu, 7 Aug 2025
Trending Wed, 21 Nov 2018

Nekad Tinggalkan Dunia Gelap, Ketua Gangster Ini Mati Ditembak Selepas…

Nedim mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulannya dan menyertai program pemulihan selepas mengetahui isterinya mengandung.

error: Content is protected !!