Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 7, 2025 @ 2:07pm

Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga – “Dah 3 Bulan Simpan Rahsia Ni!” 

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, akhirnya mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Perkongsian gembira itu diumumkan sendiri oleh Uyaina menerusi sebuah video di Instagram sekaligus membuatkan ramai peminat dan rakan artis teruja dengan berita gembira tersebut.

“Sebenarnya saya dah lama simpan cerita ni. Dan berita ni eksklusif untuk netizen semua.

“Ada satu benda saya nak bagitahu,  sebenarnya saya sekarang tengah mengandung tiga bulan,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Uyaina yang juga bekas pengacara program Wanita Hari Ini mengakui terpaksa menghentikan usahanya untuk menurunkan berat badan disebabkan keadaan dirinya.

Namun, dia dan suami yang juga penyanyi Raja Syahiran, bersyukur dengan rezeki yang tidak dijangka ini.

“Bukanlah tiap-tiap tahun pun saya hamil… tapi selang dua tahun, ya.

“Anak pertama 2022, anak kedua 2024, dan Insya-Allah yang ketiga ini 2026.

“Kami pun tak rancang sebenarnya. Tapi ini semua pemberian Tuhan. Dan kalau ikut perancangan, Insya-Allah… ini yang terakhir,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Menjengah ke ruangan komen,  hantaran tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat dan rakan-rakan selebriti.

Untuk info, Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021, dan kini sudah pun dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, yang kini berusia setahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jan 2018

你的年薪多少?澳洲「举牌工」年薪约40万令吉

还记得吗?小时候我们上学的时候,总是会有一位高举“Stop”的男人或女人,让学生安全过马路。而在澳洲悉尼的30岁多塞特(Amy Dowsett)就从事其工作,每天在马路上举牌,一年的年薪竟可高达13万澳元(约40万令吉)。

Featured Thu, 5 Mar 2020
Featured Thu, 7 Sep 2023

[VIDEO] Wawa Zainal, Aeril Zafrel Disakat Untuk Cium Mulut, Netizen Minta Hormat Orang Single

Alamak, bahaya la aksi ini 🤣 Sabar ya orang singleee 🤪🤭

Trending Fri, 5 Jul 2019

Baby named “Google” received gift from Google

Yup, you’re reading it right! The baby’s name is Google and yes, Google’s sent the family a present!

Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Fri, 27 Jun 2025

“Saya Simpan Luka Lama” – Azharina Dedah Perjalanan Pemulihan Emosi

Azharina berkongsi perjuangan peribadi dalam mengurus emosi dan membina semula kekuatan jiwa.

error: Content is protected !!