Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida July 23, 2018 @ 3:00am

Sweet! Ustaz Kazim Elias Jadi ‘Orang Tengah’ Kami…

Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Buktinya, lelaki ini bertemu jodoh sekali lagi pada usia 84 tahun! Alhamdulillah.

Hussain Abdul Rahman selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau Pusat Pendidikan Al Barakah.

Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di situ bertemu jodoh apabila pengasas dan pengetua pusat pendidikan itu, Datuk Mohd Kazim Elias menjadi ‘orang tengah’.

Hussain ketika ditemui pemberita berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas mengenali hati budi pasangannya sejak dua bulan lalu semasa mengikuti kelas pengajian di pusat pendidikan tersebut.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.

“Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat. Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya,” kata bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu itu.

Sementara itu, Kamsiah yang kematian suami sejak 37 tahun lepas berkata, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana terpikat dengan peribadi Hussain yang taat mengamalkan ajaran agama selain mahu menjaga pasangannya itu yang mengalami sakit lutut.

“Kami merancang untuk terus tinggal di sini dan mendalami ilmu agama dan menjalankan ibadah bersama-sama sehingga akhir hayat,” katanya yang mempunyai tiga orang anak dan empat cucu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd Azarudin Mohamad Saarani.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata, pasangan itu merupakan pasangan yang keenam membabitkan pelajar kelas pengajian agama yang bertemu jodoh di pusat pendidikan berkenaan.

“Beliau (Hussain) merupakan pelajar yang paling senior dari segi usia di sini. Kami bersyukur dapat menyatukan mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga,” katanya. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 7 Jul 2018

Tips Untuk Ibu Mengandung Minum Air Gula

Bukan kerana sengaja ingin ‘mendera’ tetapi ingin memastikan yang si ibu tidak menghidap penyakit kencing manis

Events Wed, 12 Sep 2018
Featured Wed, 6 Apr 2022
Hiburan Wed, 24 Oct 2018
Featured Wed, 20 Oct 2021

Selepas Lebih Sedekad, Siti Nurhaliza Sunting Gadis 20 Tahun

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyunting gadis berusia 20 tahun, Zahra Zura Aziza Zahanor untuk dijadikan duta bagi produk kosmetik miliknya, SimplySiti. Dedah Siti, pemilihan Zahra sebagai duta adalah bersesuaian dengan jenama […]

Featured Tue, 17 Dec 2024
Hiburan Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Billie Eilish Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Peminat Pula Buat Sampah?

Aduh malunya kalau orang luar nampak rakyat Malaysia tak jaga kebersihan.

Hiburan Thu, 28 Dec 2023
error: Content is protected !!