Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin June 10, 2025 @ 1:10pm

Sokong Inovasi & Keusahawanan Tempatan, KJ Bangga Kejayaan Produk Lokal

Bekas Menteri Kesihatan dan penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin menyatakan rasa bangganya terhadap kejayaan jenama tempatan.

Gembira menyaksikan kejayaan jenama Tealive, figura yang mesra disapa dengan nama KJ ini terharu melihat usaha produk tempatan yang bukan sahaja berjaya menembusi pasaran serantau, malah terus mengangkat inovasi dan keusahawanan tempatan ke tahap membanggakan.

“Perjalanan Tealive daripada kiosk ke rumah pengguna bukan sekadar evolusi perniagaan, tetapi perubahan budaya.

“Ini adalah detik kebanggaan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sahaja mengeksport produk, tetapi juga gaya hidup dan identiti kita,” ujar KJ semasa merasmikan pelancaran produk baharu Tealive di IOI City Mall, baru-baru ini.

KJ turut menekankan bahawa menyokong jenama tempatan adalah tindakan strategik yang memberi impak besar kepada ekonomi negara.

“Kita perlukan lebih banyak jenama Malaysia seperti Tealive yang memimpin dengan kebanggaan dan keaslian. Menyokong jenama tempatan bukan sekadar semangat patriotik, ia menyokong pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi kita,” katanya.

KJ turut menyatakan keyakinannya terhadap potensi jenama tempatan untuk terus berkembang di pasaran serantau dan antarabangsa.

“Sebagai seseorang yang sentiasa menyokong jenama Malaysia untuk berkembang, saya bangga menyaksikan evolusi seterusnya Tealive.

“Kita ada bakat, idea dan ketabahan. Apa yang diperlukan kini ialah kepercayaan kolektif dan sokongan strategik untuk berkembang ke peringkat serantau dan global,” kata KJ lagi.

Pelancaran tersebut menyaksikan Tealive secara rasmi memasuki pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pengenalan rangkaian minuman sachet 3-dalam-1. Ditawarkan dalam varian teh susu, kopi dan coklat, produk ini membawakan rasa kafe premium ke rumah pengguna, sesuai untuk dinikmati bila-bila masa dan di mana jua.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo menyifatkan pelancaran ini sebagai langkah berani dan strategik selaras dengan perubahan gaya hidup pengguna yang kini menekankan kemudahan.

“Kami mahu menjadikan rasa kegemaran Tealive lebih mudah diakses oleh para peminat kami. Rangkaian 3-dalam-1 ini membawa detik istimewa Tealive ke dalam rutin harian — sama ada ketika dalam perjalanan, di tempat kerja atau berehat di rumah,” kata Loo.

Produk ini bakal mula dijual secara eksklusif di AEON dan cawangan Tealive seluruh negara serta menerusi platform e-dagang bermula 15 Jun. Pelancarannya ke saluran runcit lebih luas dijangka pada Julai.

Dengan harga RM12.90 bagi setiap kotak yang mengandungi lima hingga enam sachet, rangkaian ini menggunakan bahan premium untuk memberikan rasa asli dan berkrim.

Barisan produk merangkumi varian Teh Susu (Signature, Matcha, Teh Tarik), varian Kopi (Signature, Caramel Macchiato, Hazelnut) dan varian Coklat (Signature, Gelap, Hazelnut).

“Kami tahu sachet ini perlu lebih daripada sekadar sedap, ia perlu menghadirkan pengalaman penuh positif dengan setiap tegukan. Kami membina jenama ini sebagai jenama gaya hidup, bukan sekadar produk.

“Tambahan pula, ia bukan sahaja tentang kemudahan, tetapi menunjukkan bahawa produk buatan Malaysia setaraf dunia. Menyokong jenama tempatan bukan sahaja tindakan patriotic, ia adalah pilihan bijak apabila kualitinya terbukti,” katanya lagi.

Seiring pelancaran produk sachet, Tealive turut memperkenalkan pembaharuan menu termasuk kategori teh susu ringan untuk penggemar pilihan lebih sihat, serta variasi minuman premium seperti teh Da Hong Pao dan siri Snowy. Minuman popular Bang Bang juga kembali dengan formulasi lebih kaya dan berkrim.

Sebagai tambahan, Tealive turut mengumumkan kerjasama dengan jenama tempatan untuk menghasilkan koleksi barangan edisi terhad sebagai penghargaan terhadap kreativiti dan warisan Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 11 Aug 2019

Awas, 3 Tingkah Laku Ini Dalam Kalangan Pelajar

Tingkah laku bunuh diri tidak kira berfikir, merancang atau bakal melakukan amat berbahaya.

LIFESTYLE Tue, 16 Jul 2019

跑步只排第4!长寿运动排行榜揭晓

近年随着生活条件提升,「长寿」和「运动」越来越为人重视,想要长寿,运动是必不可少的投资。然而,运动项目有这么多种,哪一种才最适合「增寿」呢?

LIFESTYLE Wed, 6 Nov 2019

Biji Cili Boleh Jadi Punca Sakit Apendiks?

Pemakanan sama sekali bukan punca sakit apendiks

LIFESTYLE Sat, 12 Oct 2019

Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak

Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak

Fab Foodies! Tue, 1 Oct 2019

Minum Kopi Buat Ibu Mengandung Boleh Risiko Keguguran?

Sedikit perkongsian ya boleh dinikmati tetapi berpada-pada ye

FESYEN Mon, 18 Nov 2019
Fab Foodies! Fri, 26 Jan 2018

麦当劳推出素食汉堡!网友「不用只吃薯条了」

麦当劳(McDonald’s)推出素食汉堡McVeggie,真的吗?小编记得最后一次吃到麦当劳的素食汉堡应该是十多年前的事了。根据网友Eunice Wong脸书日前的分享,在白沙罗万达镇已可买到这份全新的素食汉堡!

LIFESTYLE Wed, 19 Sep 2018

面对下一段感情,你准备好了吗?

感情中总是害怕重蹈覆辙,你已准备好面对下段感情了吗?

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018

Dilabel Kejam Dan Gila, Dua Lelaki Ini Sanggup Masukkan Kucing Dalam Mesin Pengering Sehingga Mati

Kucing malang ini curi perhatian netizen dan Persatuan Haiwan Malaysia

Fab Foodies! Sat, 6 Oct 2018

早餐第一口吃什么最养胃?

一般早餐店所提供的食品,为迎合大家的口味,大多具有高脂、高蛋白、高热量、高糖的特性,若常以这类食品当早餐,不仅导致营养失衡,甚至潜藏致病因子。

error: Content is protected !!