Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 30, 2025 @ 2:10pm

Dengan Kos RM3,500 Seorang, Ayu Damit Kongsi Pengalaman Umrah DIY

Bagi penyanyi Ayu Damit, peluang menjadi ‘tetamu Allah’ di Tanah Suci Makkah bukan hanya soal mampu atau tidak, tetapi tentang usaha dan perancangan.

Tidak seperti pakej agensi pelancongan, Ayu menyifatkan konsep Umrah Do It Yourself (DIY) memberi kebebasan kepada jemaah untuk mengurus sendiri segala urusan, daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan hingga mendapatkan visa dan pengangkutan di Arab Saudi.

Justeru, pelantun lagu Hanya Di Mercu ini memilih pendekatan Umrah DIY bersama rakan baiknya, Datin Aisyah Ghazali, seorang usahawan pelancongan dan Pengurus Perhubungan Awam di Izz Ikhwan Travel Empire.

Menurut Ayu, idea untuk mencuba pengalaman ini timbul selepas Aisyah memperkenalkannya kepada konsep tersebut.

“Saya tahu tentang Umrah DIY selepas Aisyah ajak saya sertai kumpulan bawah Izz Ikhwan. Kosnya jauh lebih berpatutan, hanya sekitar RM3,500 seorang, berbanding pakej agensi yang biasanya bermula dari RM6,000.

“Bagi saya, Umrah DIY ini peluang terbaik untuk mereka yang berhasrat ke Makkah tetapi terhalang oleh faktor kewangan,” katanya.

Katanya lagi, Umrah DIY bukan sekadar menjimatkan kos tetapi juga memberi lebih kebebasan.

“Apabila kita rancang sendiri jadual, masa lebih fleksibel untuk beribadah. Saya boleh pilih hotel dan restoran ikut bajet sendiri tanpa terikat dengan jadual kumpulan,” ujarnya yang bakal berangkat untuk Umrah DIY pada November ini.

Ayu berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire yang diadakan di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Aisyah, yang juga dikenali sebagai Asha menjelaskan Umrah DIY memerlukan sedikit persediaan agar perjalanan berjalan lancar.

“Mereka yang ingin menunaikan Umrah DIY perlu memastikan semua dokumen sah, termasuk pasport dengan tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan serta lengkap dengan vaksin meningitis dan COVID-19 (jika masih diperlukan). Visa umrah atau pelancong juga boleh diperoleh secara digital melalui platform rasmi,” katanya.

Tambahnya lagi, perancangan yang teliti amat penting bagi memastikan keselesaan semasa di Tanah Suci.

“Pastikan membawa pakaian sesuai dengan cuaca, barangan penting seperti sandal, pelindung matahari dan ubat-ubatan. Walaupun tanpa ejen, kita tetap boleh buat semua ini sendiri asalkan bersedia,” katanya.

Menurut Asha, Izz Ikhwan Travel turut membantu memberi panduan kepada kumpulan yang memilih untuk melaksanakan Umrah DIY, agar perjalanan ibadah mereka lebih mudah dan teratur.

Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire turut diadakan bagi meraikan 50 ejen sempena ulang tahun ke-11 syarikat itu dalam industri pelancongan. Acara ini turut dihadiri Penaung Izz Ikhwan Travel Empire, Datuk Ikhwan Lutfi Zakaria, bersama Datuk Zaifrina Zainuddin dan Datin Normala Samsudin, Pengarah Kumpulan Mines Beach Resort.

Selain meraikan pencapaian ejen, majlis turut diserikan dengan solidariti terhadap rakyat Palestin sebagai tanda keprihatinan dan sokongan umat Islam terhadap perjuangan saudara seagama di sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Feb 2021

Penerima Hati Pertama Di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Kini Kritikal

Kita doakan semoga adik Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini cepat sembuh

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Luahan Rasa Tya Arifin Untuk Suami Buat Warganet ‘Cair’

Kehidupan pasangan pelakon dan penyanyi Indonesia, Tya Arifin bersama keluarga sering menjadi perhatian ramai. Apa lagi selepas mewujudkan channel Youtube sendiri, aktiviti harian menantu kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini dikagumi penonton bukan […]

Hiburan Sat, 4 May 2019

‘ Kalau Ada Jodoh, Saya Terima’- Raja Ema Tak Tolak Kemungkinan Berkahwin Semula

Tambah penyanyi berusia 51 tahun ini, dia bakal membuat persembahan pada bulan Ramadan ini di The Love, MaTic Jalan Ampang.

Trending Mon, 15 Feb 2021

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Okay gaisss, dah boleh semak apakah kaedah yang perlu dilakukan…

Featured Wed, 16 Jul 2025
Featured Tue, 1 Jul 2025

“Saya Kahwin Bukan Untuk Cerai” – Along Cham Dakwa Terima Bukti Isteri Curang

Along Cham mendedahkan dia memiliki beberapa bukti kecurangan isterinya.

error: Content is protected !!