Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 13, 2026 @ 2:24pm

DJ Sonic Dedah Dapat Banyak ‘Surat Layang’ Sepanjang Pertahankan Nur Fazura – “Mereka Mahu Jatuhkan Saya”

Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic mendedahkan dia pernah menerima surat layang daripada segelintir pihak untuk menjatuhkan reputasinya gara-gara sering mempertahankan rakan selebriti, Nur Fazura.

DJ Sonic atau nama lengkapnya, Awang Suffian Awang Hussein mendedahken perkara tersebut menerusi ciapan di platform Threads miliknya pada Jumaat menyifatkan isu berkenaan adalah perkara paling teruk dialaminya.

“Hari ini hari radio sedunia tau. Ada benda yang selama ini saya pendam. Sebak pula. Apa yang saya lalui sepanjang saya pertahankan Nur Fazura, tahun lepas paling teruk untuk saya.

“Terlalu banyak surat layang, email kepada boss-boss hinggalah pada menteri untuh jatuhkan saya.

“Mereka tak boleh buat kepada Faz, mereka serang saya. Kuasa Allah kan.

“Bila orang tahu apa yang kita buat dengan ikhlas, segala dugaan itu dapat diiharungi,” katanya.

Meskipun terkesan, Sonic tetap memilih untuk kekal profesional dan memaafkan individu-individu tersebut dan meneruskan kehidupan seperti selalu.

“Tenang semua, biarkan perkara itu. Ia dah berlalu pun. Sekarang saya jadi semakin kuat dan matang.

“Sekarang kita semua pun dah rasa bahagia kan. Kita move on saja.

“Saya dah maafkan apa yang mereka lakukan pada saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Berkira, Terima Kasih Belanja Kami Semua Makan” – Cecah RM450 Seorang, DJ Sonic Terharu Sikap Murah Hati Fazura

Artikel Berkaitan: “Dia Kerja Cari Duit, Usaha Dapatkan Pendidikan Terbaik Buat Fatima” – DJ Sonic Kagum Ketabahan Fazura Harungi Hidup Sebagai Ibu Tunggal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAEYANG AND MIN HYO RIN’S WEDDING INVITATION IS SO PRETTY!

The couple will be getting married next month and now their wedding invitation has been revealed.

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

‘Masih Ada’ Bukti Ewal, Akma Abdullah Belum Mengaku Kalah

Ewal & Akma tak bimbang penerimaan peminat!

Hiburan Fri, 27 Oct 2023

[VIDEO] “Sentiasa Ingat Allah Ada Dengan Kita” – Pesanan Terakhir Allahyarham Bad Indigo

Allahuakbar! Semoga arwah Bad Indigo ditempatkan dikalangan yang beriman dan beramal soleh.

Hiburan Mon, 27 Nov 2017

ELYANA SAKIT KANSER?

Siapa sangka, jika diperhati tingkah dan gelagat nya semasa berada di atas pentas, tidak terbayang sedikit pun yang Elyana kini sedang menghidapi kanser Lymphoma tahap 4. Statement yang dibuat dihadapan ribuan penonton disalah sebuah konsert nyanyian itu membuatkan rata-rata peminat dan para wartawan terkejut.

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Hanya Tukar Nama Bukan Matlamat – Dj Dave

Saya harap ia tidak dipolitikkan, matlamat yayasan ini masih sama iaitu melakukan kebajikan dan membantu golongan artis tanah air.

Featured Wed, 22 Sep 2021
error: Content is protected !!