Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 14, 2019 @ 6:40pm

‘Masih Ada’ Bukti Ewal, Akma Abdullah Belum Mengaku Kalah

Meskipun karier nyanyian dilihat agar perlahan berbanding rakan-rakan seangkatan, bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia Ewal dan Akma masih belum mengalah.

Buktinya, pasangan duet ini tampil dengan single terbaharu ciptaan Jaybon manakala lirik ditulis oleh Ewal sendiri.

“Pada awalnya, projek ini menggabungkan saya dengan seorang penyanyi dari Singapura. Tetapi selepas perbincangan, komposer berpendapat suara saya lebih sesuai dengan Kak Akma.

“Ini juga percubaan kami berdua dalam sebuah projek duet. Alhamdulillah, kerjasama kami amat mudah dan saya berterima kasih kepada kak Akma atas kesudiannya menyertai projek kali ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran ‘Masih Ada’ yang berlangsung di KDJ Kitchen, Petaling Jaya, petang tadi.

Tambah penyanyi berusia 27 tahun ini, dia tidak bimbang dengan penerimaan pendengar terhadap naskah terbaharunya ini.

“Saya percaya setiap lagu ada kekuatan tersendiri dan Masih Ada juga ada faktor yang membuatkan pendengar suka,” katanya.

Manakala bagi Akma Abdullah pula, dia gembira berpeluang merakamkan single terbaharu selepas sekian lama berehat.

“Umum tahu saya sibuk menjadi pengacara untuk sebuah rancangan beli-belah yang memerlukan saya ke studio setiap hari.

“Bila terima panggilan daripada komposer Jaybon, saya terus bersetuju untuk berjumpa di studio rakaman.

“Lagu ini berat dengan soul dan saya akui tidak mudah membawakan lagu ini walaupun sebelum ini saya pernah menyanyikan lagu balada. Ini kerana sudah 14 tahun saya tidak menyanyikan lagu duet,” katanya kali terakhir menyanyikan lagu duet bersama Felix menerusi lagu Bertakhta Di Hati yang digabungkan dengan Antara Mataku dan Mataku.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Selamat Datang Buat Yuna !

Selamat Datang ke keluarga kami kata Ashraff Sinclair pada Yuna

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Kolaborasi Pertama Hazwani Helmi & Siqma, Lagu Wahana Suntik Mesej Kemanusiaan 

Fuhh, mendalam maksud lagu ni 😢 Melodi, lirik, semua perfect 😌😘

Hiburan Tue, 30 Sep 2025
Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tarian ‘Jeng Jeng Jeng’ Jadi Bahan Gelak, Ini Respon Penari…

Ia mungkin menjadi ‘salam perkenalan’ saya untuk melangkah masuk menjadi pelakon. Saya memang minat untuk serius dalam bidang lakonan.

Hiburan Sun, 19 May 2024
error: Content is protected !!