Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 1, 2024 @ 1:14pm

Raja Farah Nafi Merajuk, Rindu Nak Berlakon Semula… Kini Fokus Pada Kandungan Anak Keempat

Pelakon dan pengacara, Raja Farah menafikan dirinya merajuk dengan industri hiburan tanah air selepas 15 tahun menyepi.

Menurut Raja Farah atau nama lengkapnya, Raja Farah Raja Aziz, dia tidak mendapat tawaran berlakon sejak mula berhijrah lagi dan kini fokus menguruskan keluarga.

“Saya memang tidak aktif berlakon dan sekarang hanya aktif tugas sebagai ibu selain perniagaan. Rasanya hampir 15 tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

“Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima. Mungkin ketika itu tidak banyak skrip untuk wanita bertudung. Jadi tiada istilah merajuk dengan industri seni.

“Kemudian ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, sebab itu saya semakin tidak aktif berlakon.

“Dalam masa sama ada juga rasa lega kerana anak-anak tidak terkena tempias dunia glamor dan mereka boleh menikmati kehidupan kanak-kanak seperti biasa,” ujarnya.

Tambah Farah yang kini hamil anak keempat itu turut memaklumkan sekarang bukanlah masa yang sesuai baginya untuk berlakon kembali kerana masih mempunyai anak kecil.

“Sekarang usia kandungan saya sudah masuk lima bulan.

“Kalau nak berlakon pun bukan dalam masa terdekat. Tunggulah anak besar sedikit.

“Saya juga tidak mahu susahkan produksi kerana perlu ikut jadual saya. Jadi apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali aktif,” jelasnya.

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata.

Sumber: Pa&Ma

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Sep 2019

201 Sekolah Di Selangor Ditutup Hari Ini

Makin serius pula jerebu, naik mendadak hingga terpaksa tutup sekolah.

Events Tue, 9 Apr 2019

Malaya Relived: Merdeka by Liver and Lung Productions is Bringing the 50s Back!

You are in for a historical journey down memory lane during the colonization time!

Featured Wed, 14 Dec 2022

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Min setuju! Thanks Haze untuk peringatan kita bersama

Hiburan Sun, 23 Mar 2025
Featured Wed, 5 Oct 2022
Trending Wed, 15 Jul 2020

Malaysia Catat 4 Lagi Kes Covid-19

Terus amalkan kebersihan dan kawalan kendiri !

Hiburan Wed, 4 Feb 2026
error: Content is protected !!